Carian:
FAQ Hubungi Kami Aduan & Maklum Balas Peta Laman
​​​​​​​​​​​​​​​​PEJABAT PENASIHAT UNDANG-UNDANG

Rasional kewujudan jawatan Penasihat Undang-Undang Kementerian adalah berdasarkan kepada Perkara 145 (2) Perlembagaan Persekutuan yang mana menyebut :

*Peguam Negara

Perkara 145.(1) ...

(2) Menjadi kewajipan Peguam Negara menasihati Yang di-Pertuan Agong atau Jemaah Menteri atau mana-mana Menteri mengenai apa-apa perkara undang-undang, dan melaksanakan apa-apa tugas lain yang bersifat undang-undang, yang dari semasa ke semasa dirujukkan atau ditugaskan kepadanya oleh Yang di-Pertuan Agong atau Jemaah Menteri, dan menunaikan fungsi yang diberikan kepadanya oleh atau di bawah Perlembagaan ini atau mana-mana undang-undang bertulis yang lain.”.


Penasihat Undang-Undang yang bertugas di Kementerian merupakan wakil khas Peguam Negara yang mana fungsi amnya adalah untuk menasihati kementerian dalam hal-hal perundangan. Oleh yang demikian, kehadiran Penasihat Undang-Undang kementerian ialah bagi melaksanakan tugas-tugas Perlembagaan seperti yang dinyatakan dengan jelasnya di bawah Perkara 145(2) Perlembagaan Persekutuan tersebut.

  • Memberi nasihat undang-undang berkualiti kepada kementerian dan jabatan, agensi dan bahagian di bawahnya dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja dari tarikh penerimaan dokumen dan maklumat yang lengkap.
  • Menggubal dan menyemak apa-apa perundangan utama atau subsidiari yang sedia ada di bawah kendalian kementerian dalam masa 40 hari selepas semua isu perundangan dan dasar diselesaikan.
  • Menyemak dokumen kontrak/perjanjian jabatan, bahagian dan agensi di bawah kementerian dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja dari tarikh dokumen dan maklumat lengkap diterima.
  • Menyemak serta memberi arahan terhadap kertas siasatan berkenaan kesalahan-kesalahan di bawah perundangan berkaitan Kementerian Pengangkutan Malaysia yang dirujuk dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja.
  • Mewakili kerajaan Malaysia dan Kementerian Pengangkutan Malaysia dalam mana-mana prosiding guaman (litigasi guaman) pada tarikh, masa dan tempat seperti yang diarahkan oleh Peguam Negara.
  • Memberi nasihat perundangan mengenai semua bidang undang-undang kecuali undang-undang Islam, berkenaan dengan perkara yang dirujuk kepadanya oleh Kementerian Pengangkutan Malaysia.
  • Membantu menafsir undang-undang apabila dikehendaki oleh Kementerian Pengangkutan Malaysia.
  • Mendraf atau menyemak dokumen undang-undang yang mana Kerajaan (diwakili oleh Kementerian Pengangkutan Malaysia) merupakan suatu pihak.
  • Menjalankan penyelidikan atau kajian mengenai perkara berkaitan undang-undang.
  • Menyediakan draf Rang Undang-Undang atas arahan Kementerian Pengangkutan Malaysia untuk mencerminkan keputusan dasar yang dibuat oleh Kerajaan.
  • Menyertai rundingan perjanjian berkenaan dengan projek Kerajaan yang melibatkan Kementerian Pengangkutan Malaysia.
  • Menghadiri mesyuarat agensi Kerajaan dan memberi nasihat undang-undang mengenai perkara yang dibincangkan.
  • Menyertai sesi perkongsian maklumat atau latihan mengenai perkara berkaitan undang-undang dengan memberikan kepakaran undang-undang kepada Kerajaan.
  • Menghadiri Parlimen apabila ia bersidang untuk memberi apa-apa bantuan yang bersifat undang-undang apabila dikehendaki oleh Menteri Pengangkutan.
  • Memberi nasihat kepada Kementerian Pengangkutan Malaysia dan agensi-agensi di bawahnya mengenai perkara berkaitan undang-undang.
  • Menjalankan apa-apa tugasan lain yang bersifat undang-undang yang dirujukkan kepada Unit ini.
​ ​​​​​​​​​​​​​​​ ​​ ​ ​​​​

Utama | Peta Laman | W3C | Dasar Keselamatan | Dasar Privasi | Penafian | Permohonan Maklumat | FAQ

Paparan terbaik menggunakan resolusi 1280 x 1024 dan ke atas

Hakcipta Terpelihara © MOT 2016 - Kementerian Pengangkutan Malaysia

Versi 2.0

Support multi browser and device