Carian:
FAQ Hubungi Kami Aduan & Maklum Balas Peta Laman
​​​​​​​​​​​​​​​​​UNIT INTEGRITI

Unit Integriti (UI), Kementerian Pengangkutan diwujudkan mulai Mei 2014 selaras dengan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 6 Tahun 2013. Unit Ini bertanggungjawab terus kepada Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan.

Penubuhan Unit Integriti, Kementerian Pengangkutan merupakan usaha kawalan dalaman untuk menguruskan integriti dalam organisasi. Unit ini bertanggungjawab untuk melaksanakan 6 fungsi teras seperti berikut

  • Tadbir Urus
  • Pengukuhan Integriti
  • Pengesanan dan Pengesahan
  • Pengurusn Aduan
  • Pematuhan
  • Tatatertib
  • Mengesan dan mengesahkan sebarang aduan salahlaku jenayah serta pelanggaran tatakelakuan dan etika dalam tempoh satu (1) bulan dari tarikh pembukaan fail.
  • Bertindak ke atas aduan yang diterima berkaitan salahlaku jenayah serta pelanggaran tatakelakuan dan etika dalam tempoh tiga (3) hari bekerja dari masa aduan diterima.
  • Maklumat dan identiti pemberi maklumat akan dirahsiakan mengikut undang-undang yang berkuatkuasa.
  • Mendidik dan membudayakan pelaksanaan integriti di Kementerian Pengangkutan.
​​

Unit Integriti melaksanakan fungsi-fungsi seperti berikut:

  • Tadbir Urus
    Memastikan tadbir urus yang terbaik dilaksanakan;
  • Pengukuhan Integriti
    Memastikan pembudayaan, penginstitusian dan pelaksanaan integriti dalam orgnisasi;
  • Pengesanan Dan Pengesahan
    Mengesan dan mengesahkan aduan salahlaku jenayah serta pelanggaran tatakelakuan dan etika organisasi serta memastikan tindakan susulan yang sewajarnya diambil; dan
    Melaporkan​ salahlaku jenayah kepada agensi penguatkuasaan yang bertanggungjawab;
  • Pengurusan Aduan
    Menerima dan mengambil tindakan ke atas semua aduan/maklumat mengenai salahlaku jenayah serta pelanggaran tatakelakuan dan etika organisasi;
  • Pematuhan
    Memastikan pematuhan terhadap undang-undang dan peraturan yang berkuatkuasa; dan
  • Tatatertib
    Melaksanakan fungsi urus setia Lembaga Tatatertib.

Untuk Menyatupadukan Semua Pengurusan Hal-Hal Yang Berkaitan Dengan Integriti Di Bawah Sebuah Unit Yang Khusus Supaya Inisiatif-Inisiatif Penginstitusian Integrity, Pencegahan, Pematuhan, Pengesanan Salah Laku Dan Tindakan Punitif Dapat Dilaksanakan Secara Yang Lebih Fokus, Terancang, Efisen Dan Mencapai Keberhasilan Yang Optimum

​​​​​​​​​​​​​ ​​​​

Utama | Peta Laman | W3C | Dasar Keselamatan | Dasar Privasi | Penafian | Permohonan Maklumat | FAQ

Paparan terbaik menggunakan resolusi 1280 x 1024 dan ke atas

Hakcipta Terpelihara © MOT 2016 - Kementerian Pengangkutan Malaysia

Versi 2.0

Support multi browser and device