Carian:
FAQ Hubungi Kami Aduan & Maklum Balas Peta Laman
​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​BAHAGIAN PENTADB​IRAN DAN KEWANGAN​​​​

Bahagian Pentadbiran dan Kewangan secara rasminya telah ditubuhkan pada 15 Julai 2010. Penubuhan ini selaras dengan program penstrukturan semula Kementerian Pengangkutan yang menggabungkan Bahagian Kewangan sedia ada dengan Unit Pentadbiran dan Unit Aset yang sebelum ini di bawah pengurusan Bahagian Pengurusan Sumber Manusia. Bahagian ini bertanggungjawab dalam pengurusan belanjawan, perolehan, aset, kewangan dan pentadbiran Kementerian Pengangkutan dan Jabatan / Agensi di bawahnya.

  • Menyedia dan memeriksa anggaran belanjawan tahunan Kementerian dan Jabatan bagi Anggaran Belanja Mengurus dan Pembangunan dalam tempoh 2 bulan daripada tarikh surat Perbendaharaan.
  • Membahagikan waran anggaran belanjawan tahunan Kementerian dan Jabatan bagi Anggaran Belanja Mengurus dan Pembangunan dalam tempoh 5 hari bekerja selepas menerima Waran Am daripada Perbendaharaan.
  • Menyemak dan memproses permohonan pindah / tambah peruntukan yang lengkap daripada Kementerian dan Jabatan dalam tempoh 7 hari bekerja.
  • Mengadakan Mesyuarat Lembaga Tender/ Jawatankuasa Sebut harga setiap bulan dan menyampaikan keputusan dalam masa 1 hari.
  • Mengurus proses Tender dalam tempoh 60 hari selepas menerima spesifikasi dan dokumen yang lengkap daripada Bahagian/Unit.
  • Mengurus proses Sebutharga dalam tempoh 30 hari selepas menerima spesifikasi dan dokumen yang lengkap daripada Bahagian/Unit.
  • Mengeluarkan Surat Setuju Terima dalam tempoh 1 hari bekerja selepas menerima keputusan muktamad Perbendaharaan atau Lembaga Tender/Jawatankuasa Sebut Harga.
  • Mengeluarkan Pesanan Tempatan/Kerajaan melalui sistem eP dan eSPKB dalam tempoh 3 hari selepas permohonan yang lengkap dan diluluskan diterima.
  • Menyemak dan memproses bayaran perbelanjaan mengurus dan pembangunan bagi bil / dokumen yang lengkap dalam tempoh 9 hari.
  • Menyemak dan memproses permohonan Pendahuluan Diri, Elaun Pakaian Panas, Pembiayaan Komputer dan Pinjaman Kenderaan dalam tempoh 7 hari bekerja daripada tarikh permohonan yang lengkap diterima.
  • Memastikan isu dan aduan dijawab dalam tempoh 3 hari bekerja.
  • Memastikan permohonan untuk keluar negara (atas urusan persendirian) diberi jawapan dalam tempoh 2 hari dari tarikh permohonan yang lengkap diterima.
  • Pengurus penyelenggaraan peralatan pejabat, perabot dan kenderaan Pentadbiran Am mengikut jadual supaya sentiasa berada dalam keadaan sedia untuk digunakan pada setiap masa.
  • Pengurusan mesyuarat dan majlis oleh Bahagian Khidmat Pengurusan dilaksanakan mengikut peraturan berkuat kuasa.
  • Melaksanakan rondaan keselamatan di dalam bangunan dua (2) kali sehari;
  • Pengeluaran Pas K​eselamatan dalam tempoh tiga (3) hari dari tarikh permohonan lengkap diterima; dan
  • Melaksanakan dan menyelesaikan & perkhidmatan pinjaman/pemulangan bahan bacaan perpustakaan serta merta.
  • Pengurusan penyediaan dan pemeriksaan belanjawan mengurus dan pembangunan untuk Kementerian, Jabatan-jabatan dan Agensi-agensi di bawah Kementerian Pengangkutan.​​​
  • Pengurusan pembayaran perbelanjaan pembangunan di peringkat Kementerian dan pengawalan perbelanjaan mengurus dan pembangunan untuk Kementerian, Jabatan-jabatan dan Agensi-agensi di bawah Kementerian.
  • Pengurusan hal-hal kehilangan, pelupusan dan hapuskira harta benda kerajaan untuk Kementerian dan Jabatan-jabatan di bawah Kementerian.
  • Pengurusan hal-hal tender dan kontrak, perlantikan juruperunding dan kontraktor, perolehan kerja, perkhidmatan dan pembekalan barang-barang di bawah bidang kuasa Kementerian, Jabatan-jabatan dan Agensi-agensi di bawah Kementerian.
  • Menyelaras urusan keselamatan dokumen, fizikal, peribadi dan rekod Kementerian dan Agensi serta Jabatan di bawahnya.
  • Menjadi urus setia kepada jawatankuasa-jawatankuasa yang berikut Jawatankuasa Pengurusan Kewangan dan Akaun, Lembaga Perolehan, Jawatankuasa Rundingan Harga, Jawatankuasa Tender, Jawatankuasa Pasukan Petugas ePerolehan, Mesyuarat Pengurusan, Mesyuarat Pagi dan Majlis Sambutan / Acara Kementerian.
  • Menyelaras urusan perlantikan berikut
    J​emaah Lembaga Pengarah Badan-badan Berkanun di bawah Kementerian Pengangkutan,
    -Jawatankuasa Perunding Badan-badan Berkanun di bawah Kementerian Pengangkutan,
    -Jawatankuasa Pemaliman Badan-badan Berkanun di bawah Kementerian Pengangkutan,
    -Ahli Lembaga Pengarah dari kalangan P​egawai Kementerian bagi Badan Berkanun di Kementerian dan
    -​​Ahli Lembaga Pengarah bagi Syarikat Berkaitan Kerajaan di bawah Kementerian Pengangkutan.​​​
  • Untuk memberi perkhidmatan sokongan kewangan, belanjawan dan kontrak kepada Jabatan-jabatan dan Agensi-agensi di bawah Kementerian Pengangkutan.
  • ​Memastikan pemantauan dasar dan segala urusan kewangan, belanjawan dan kontrak Kerajaan dilaksanakan dengan cekap dan berkesan.
  • Memberikan perkhi​dmatan sokongan pentadbiran yang efisyen dan cekap kepada Bahagian/Unit di Kementerian di dalam urusan-urusan berkaitan Keurusetiaan Mesyuarat dan Jawatankuasa Utama Kementerian, Pentadbiran Pejabat dan Perkhidmatan Sokongan, Urusan Keselamatan dan Rekod.​​
​ ​ ​​​​​​​ ​​​​

Utama | Peta Laman | W3C | Dasar Keselamatan | Dasar Privasi | Penafian | Permohonan Maklumat | FAQ

Paparan terbaik menggunakan resolusi 1280 x 1024 dan ke atas

Hakcipta Terpelihara © MOT 2016 - Kementerian Pengangkutan Malaysia

Versi 2.0

Support multi browser and device