Carian:
FAQ Hubungi Kami Aduan & Maklum Balas Peta Laman
​​​​​​​​​​​​​​​​​​​BAHAGIAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA

BPSM bermula sebagai sebuah unit di bawah Bahagian Khidmat Pengurusan. Pada tahun 2008, penstrukturan semula Kementerian Pengangkutan Malaysia telah mengembangkan fungsi BPSM sebagai satu bahagian di bawah Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) bagi menguruskan sumber manusia Kementerian yang meliputi pelbagai skim perkhidmatan.

  • Mengkaji dan memperakukan permohonan penyusunan semula organisasi dan pengukuhan perjawatan kepada Agensi Pusat dalam tempoh 60 hari bekerja.
  • Mengkaji dan memperakukan permohonan semakan semula skim-skim perkhidmatan berserta elaun kepada Agensi Pusat dalam tempoh 60 hari bekerja.
  • Mengemukakan maklumat perkhidmatan personel yang dipohon oleh Agensi Pusat dalam tempoh 14 hari berkerja.
  • Menyemak dan mengesahkan kelayakan permohonan bantuan dan kemudahan untuk kelulusan Pegawai Pengawal dalam tempoh 10 hari bekerja.
  • Memproses permohonan kursus luar dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja.
  • Memberi perkhidmatan kaunseling dalam tempoh tiga (3) hari selepas permohonan diterima.
  • Menganjurkan sekurang-kurangnya 12 kursus dalaman setahun selaras dengan Dasar Latihan Sektor Awam (minimum tujuh (7) hari kursus setahun).
  • Unit Pembangunan Organisasi
    - Pengurusan pengukuhan penjawatan, kajian skim, elaun perkhidmatan dan mentadbir sistem HRMIS
  • Unit Perkhidmatan
    - Pengurusan personel, perkhidmatan dan menganalisa keperluan strategik tenaga kerja secara holistik
  • Unit Pembangunan Kerjaya
    - Pembangunan kompetensi, sahsiah, integriti dan pengurusan pengiktirafan

Menyediakan khidmat sokongan kepada Bahagian-Bahagian di Kementerian, Jabatan-Jabatan dan Badan-Badan Berkanun di bawahnya dalam bidang pembangunan organisasi, perkhidmatan, pembangunan kerjaya dan pengurusan psikologi.​

​ ​
​ ​​​​​​​​​​​​​​​​​ ​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​

Utama | Peta Laman | W3C | Dasar Keselamatan | Dasar Privasi | Penafian | Permohonan Maklumat | FAQ

Paparan terbaik menggunakan resolusi 1280 x 1024 dan ke atas

Hakcipta Terpelihara © MOT 2016 - Kementerian Pengangkutan Malaysia

Versi 2.0

Support multi browser and device