Carian:
FAQ Hubungi Kami Aduan & Maklum Balas Peta Laman
​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​BAHAGIAN PENGURUSAN MAKLUMAT

Bahagian Pengurusan Maklumat (BPM) telah diwujudkan di Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) pada 1 Oktober 2008 bagi menggantikan Unit Teknologi Maklumat (Unit IT). Penubuhan ini selaras dengan program penstrukturan semula M​​OT yang mengambil kira pertambahan bilangan pengguna dan keperluan ICT semasa, tadbir urus ICT serta bertanggungjawab menentukan arah tuju dasar dan strategi pembangunan ICT di samping memantau semua program ICT agensi-agensi di bawah Kementerian.

  • Mengambil tindakan ke atas masalah-masalah teknikal yang dibangkitkan dalam tempoh tiga (3) jam waktu bekerja.
  • Mewujudkan akaun e-mel untuk pengguna dalam tempoh satu (1) hari bekerja dari tarikh permohonan lengkap diterima.
  • Mengemas kini Laman Web MOT dalam tempoh tiga (3) hari dari tarikh permohonan lengkap diterima.
  • Merancang dan mengaturkan latihan ICT kepada kakitangan MOT sekurang-kurangnya empat (4) kali setahun.
  • Mengurusetia Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu ICT MOT sekurang-kurangnya empat (4) kali setahun.
  • Memproses permohonan projek ICT untuk kelulusan Jawatankuasa Pemandu ICT Kementerian Pengangkutan (JPICT) seperti berikut:
    1. Dalam tempoh sepuluh (10) hari bekerja dari tarikh permohonan lengkap diterima untuk permohonan bernilai RM500,000.00 dan ke bawah; dan
    2. Dalam tempoh lima belas (15) hari bekerja dari tarikh permohonan lengkap diterima untuk permohonan yang melebihi RM 500,000.00.
  • Menyediakan Laporan Kajian Projek ICT untuk bahagian-bahagian dalam MOT selepas permohonan diterima dalam tempoh seperti berikut:
    1. Kajian berskop kecil Kajian yang melibatkan isu-isu tertentu dalam sesebuah bahagian tetapi tidak melibatkan keseluruhan pengurusan kementerian dan disiapkan dalam tempoh tidak melebihi tiga (3) bulan;
    2. Kajian berskop sederhana Kajian yang melibatkan semua aspek pengurusan kementerian dan disiapkan dalam tempoh tidak melebihi enam (6) bulan; dan
    3. Kajian berskop besar Kajian berbentuk horizontalization yang melibatkan pelbagai agensi dan disiapkan dalam tempoh tidak melebihi satu (1) tahun.
  • Memastikan isu dan aduan dijawab dalam tempoh 3 hari bekerja.
  • Mengenalpasti keperluan, menyelaras dan melaksanakan projek-projek ICT di Kementerian.
  • Menyelaras dan melaksanakan program-program EG di peringkat Kementerian.
  • Memantau dan menyelaras projek-projek ICT agensi-agensi di bawah Kementerian.
  • Menyediakan kemudahan infrastruktur ICT yang reliable dan secured.
  • Merancang, membangun dan menyelenggara sistem aplikasi Kementerian.
  • Melaksanakan program latihan dan pembudayaan ICT.
  • Menyediakan khidmat nasihat dalam bidang ICT.​​

Mempertingkatkan penggunaan ICT dan melaksanakan program-program ICT di peringkat Kementerian dengan fungsi utama seperti berikut :

  • Melaksanakan pengoperasian sistem ICT Kementerian dengan mengendalikan dan menyelenggarakan infrastruktur ICT; dan
  • Pembangunan dan penyelenggaraan sistem aplikasi di Kementerian.
​​​​​​​​​​​​​​​​​​
​​​​​

Utama | Peta Laman | W3C | Dasar Keselamatan | Dasar Privasi | Penafian | Permohonan Maklumat | FAQ

Paparan terbaik menggunakan resolusi 1280 x 1024 dan ke atas

Hakcipta Terpelihara © MOT 2016 - Kementerian Pengangkutan Malaysia

Versi 2.0

Support multi browser and device