Carian:
FAQ Hubungi Kami Aduan & Maklum Balas Peta Laman
​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​BAHAGIAN PERANCANGAN STRATEGIK &​ ANTARABANGSA​

Bahagian Perancangan Strategik dan Antarabangsa (BPSA) telah ditubuhkan pada 1 Januari 2015 melalui penggabungan Bahagian Dasar dan Antarabangsa dengan Bahagian Parlimen dan Kabinet. Penggabungan ini dilaksanakan di bawah program penstrukturan semula dan pengukuhan organisasi Kementerian Pengangkutan yang diluluskan melalui Waran Perjawatan Bil. K 32 Tahun 2015 oleh Kementerian Kewangan.

BPSA bertanggungjawab menerajui usaha merangka dan menggubal dasar serta hala tuju Kementerian Pengangkutan selaras dengan hasrat Kerajaan untuk memperkasakan sektor pengangkutan negara. Tugas ini meliputi urusan perancangan dasar domestik dan antarabangsa dalam sektor pengangkutan, pembangunan industri pengangkutan dan juga hal-hal yang berkait dengan fasilitasi dan regulatori sektor pengangkutan negara. Bahagian ini juga bertanggungngjawab untuk menerajui inisiatif dan program Pemerkasan Ekonomi Bumiputera (PEB) dalam sektor pengangkutan.

BPSA juga menjadi focal point​ kepada semua inisiatif hubungan kerjasama antarabangsa sektor pengangkutan samada diperingkat wilayah dan pelbagai hala. BPSA juga diberi tanggungjawab sebagai penyelaras semua urusan berkaitan Parlimen dan Jemaah Menteri diperingkat Kementerian.​

Struktur organisasi BPSA terdiri daripada empat (4) Unit seperti berikut:​​

  • Unit Dasar (Pembangunan Industri Pengangkutan, Fasilitasi Pengangkutan, Regulatori dan Pengurusan Strategik);
  • Unit Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera (PEB);
  • Unit Antarabangsa; dan
  • ​Unit Parlimen dan Kabinet.​
  • Menyelaras maklum balas mengenai isu-isu dasar dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja.
  • ​​​Menjalankan kajian berkaitan pembangunan sektor pengangkutan dalam tempoh enam (6) bulan hingga setahun.
  • Membekalkan maklumat perangkaan dalam tempoh tiga (3) hari bekerja.
  • Mengemaskini maklumat statistik di laman web Kementerian Pengangkutan secara suku tahunan.
  • Menyelaras input/ maklum balas mengenai isu-isu antarabangsa bagi sektor pengangkutan dalam masa yang ditetapkan.
  • Merancang dan menyelaras kerja-kerja penganjuran mesyuarat/ seminar/ persidangan antarabangsa dalam tempoh yang ditetapkan
  • Merancang dan menyelaras lawatan rasmi/ kunjungan tetamu kehormat YB Menteri dan KSU/ delegasi dari dalam dan luar negara dalam tempoh tiga (3) hari waktu bekerja.
  • Menyelaras penyediaan maklum balas keputusan Jemaah Menteri dalam tempoh dua (2) hari bekerja.
  • ​Menyelaras urusan Parlimen termasuk penyediaan jawapan dan input bagi soalan-soalan Parlimen, Titah Ucapan Diraja dan penggulungan perbahasan dalam tempoh lima (5) hari bekerja.
  • Mengkaji, merancang, menilai dan menggubal dasar mod pengangkutan udara, darat (kenderaan persendirian) dan maritim selaras dengan pembangunan negara.
  • ​Menjalankan kajian dan menilai pembangunan sektor pengangkutan bagi tujuan perancangan masa hadapan.
  • Urus Setia kepada Jawatankuasa Kerja Dasar dan Perancangan, Kementerian Pengangkutan dipengerusikan oleh KSU Kementerian dan Jawatankuasa Dasar dan Perancangan Kementerian Pengangkutan dipengerusikan oleh YB Menteri.
  • Urusetia perancangan strategik Kementerian Pengangkutan.
  • Menyelaras penyediaan Pelan Strategik Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera Kementerian Pengangkutan, penyediaan laporan pencapaian KPI inisiatif Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera Kementerian Pengangkutan dan menjadi Urusetia mesyuarat dan retreat tahunan Jawatankuasa Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera Kementerian Pengangkutan.
  • Urusetia Sesi Dialog Berkenaan Pelaksanaan Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera Bersama Pihak Industri dan Pihak Yang Berkepentingan.
  • Menasihati pihak Pengurusan Atasan Kementerian Pengangkutan berhubung isu-isu dasar yang melibatkan hubungan kerjasama serantau dan antarabangsa dalam sektor pengangkutan.​​
  • Menyelaras dan memantau pelaksanaan program kerjasama serantau dan antarabangsa dalam sektor pengangkutan.
  • Menjadi sekretariat nasional dan focal point bagi sektor pengangkutan di peringkat ASEAN/ antarabangsa.
  • Merangka strategi dan membina jaringan kerjasama di peringkat Wilayah BIMP-EAGA/ IMT-GT/ ASEAN/ antarabangsa dalam bidang pengangkutan.
  • Menyelaras dan mengurus hal-hal berkaitan Parlimen.
  • ​Menyelaras dan menjadi focal point bagi hal-hal berkaitan Jemaah Menteri.
  • Merancang, menggubal dan memantau pelaksanaan dasar pengangkutan selaras dengan matlamat pembangunan negara dan antarabangsa.
  • Menyelaras pelaksanaan inisiatif-inisiatif Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera Kementerian Pengangkutan.
  • Menyelaras hubungan kerjasama serantau dan antarabangsa dalam sektor pengangkutan.
  • ​Menyelaras urusan Parlimen dan Jemaah Menteri di peringkat Kementerian Pengangkutan.
​​​​​

Utama | Peta Laman | W3C | Dasar Keselamatan | Dasar Privasi | Penafian | Permohonan Maklumat | FAQ

Paparan terbaik menggunakan resolusi 1280 x 1024 dan ke atas

Hakcipta Terpelihara © MOT 2016 - Kementerian Pengangkutan Malaysia

Versi 2.0

Support multi browser and device