Carian:
FAQ Hubungi Kami Aduan & Maklum Balas Peta Laman
​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​BAHAGIAN AKAUN​

Bermula pada September 2006, Bahagian Akaun telah berfungsi sepenuhnya sebagai Jabatan Mengakaun Sendiri (JMS) yang telah dipertanggungjawabkan selaras dengan Arahan Perbendaharaan 139. Bagi memastikan Bahagian Aka​un melaksanakan tanggungjawabnya dengan cekap dan efektif, terdapat 4 fungsi utama yang merangkumi fungsi Pengurusan Bayaran, Akaun, Gaji, Perundingan dan 2 fungsi am yang merangkumi fungsi Teknologi Maklumat dan Pentadbiran.

  • Memproses baucar bayaran dalam tempoh 4 hari kalender daripada tarikh diterima.
  • Pembayaran gaji bulanan penjawat awam dan anggota pentadbiran kementerian pengangkutan dilaksanakan tidak lewat daripada 25 haribulan.
  • Mengakaunkan terimaan dan mengeluarkan resit rasmi dalam tempoh 3 hari daripada tarikh terima penyata pemungut.
  • Memproses permohonan pendahuluan diri, pinjaman kenderaan dan pinjaman komputer dalam tempoh 5 hari.
  • Memproses permohonan penggantian cek/eft terbatal dalam masa 7 hari.
  • Meluluskan sijil AP58(a) dalam tempoh 1 hari bekerja daripada tarikh terima permohonan lengkap.
  • Menyediakan laporan perakaunan bulanan untuk pusat tanggungjawab tidak lewat daripada 5 haribulan berikutnya.
  • Memproses kertas cadangan permohonan sistem/saluran terimaan/bayaran daripada jabatan/agensi.
  • Menjawab teguran audit dalam masa 14 hari bekerja daripada tarikh terima surat.
  • Memberikan khidmat nasihat perakaunan dan kewangan kepada jabatan dalam tempoh 3 hari daripada tarikh permohonan diterima.

SEKSYEN PERAKAUNAN PENGURUSAN

Menyedia maklumat dan laporan serta menasihati pengurusan atasan dalam membuat keputusan bagi perkara berikut :

  • Menyediakan maklumat kos untuk menilai program Kementerian dalam pelaksanaan Outcome Based Budgeting (OBB) dan lain-lain keperluan pengurusan.
  • Membuat analisa Perakaunan Kos untuk keperluan pemantauan pengurusan
  • Menganalisa maklumat kewangan, menyediakan laporan dan menasihati pengurusan atasan membuat keputusan
  • Menyedia dan menganalisa maklumat aset, liabiliti dan komitmen lain Kementerian bagi tujuan perancangan kewangan
  • SEKSYEN PERAKAUNAN KEWANGAN

    Memastikan maklumat perakaunan seperti di bawah disediakan dengan tepat dan mengikut tempoh masa yang telah ditetapkan:

  • Membuat Semakan SG20 (Gaji)
  • Mengurus Akaun Belum Terima (ABT)/ Hasil
  • Membuat Semakan Pukal
  • Memberikan Bantuan Teknikal Operasi kepada PTJ
  • Membuat Analisa Operasi Perakaunan untuk keperluan pemantauan pengurusan
  • ​​Mengurus Akaun Subsidiari
  • Mengurus Akaun Panjar
  • Mengurus Akaun Amanah
  • Mengurus Akaun Deposit
  • Menyediakan Penyata Kewangan bulanan/tahunan Kementerian
  • Menyediakan Penyata Penyesuaian Bank Bayaran dan Terimaan Kementerian
  • Mengurus Cek/Pindahan Telegraf dan pengurusan EFT/Cek Batal/Penolakan
  • Menguruskan Perakaunan Harta Modal dan Inventori
  • Menguruskan Perakaunan Aset dan Liabiliti Lain
  • Menyediakan Laporan Perakaunan Aset Kementerian
  • Membuat analisa usia kegunaan dan keperluan aset Kementerian bagi tujuan keperluan pengurusan

SEKSYEN PERUNDINGAN

Memberi khidmat nasihat pengurusan perakaunan dan kewangan serta sistem perakaunan seperti berikut:

  • Memberi khidmat nasihat berkaitan pengurusan perakaunan dan kewangan kepada PTJ
  • Memantau pelaksanaan dan memberi khidmat nasihat sistem perakaunan di jabatan dan agensi 1GFMAS
  • Membuat analisa Khidmat Perundingan untuk keperluan pemantauan pengurusan
  • Membantu menyelesaikan isu berkaitan pelaksanaan perakaunan akruan
  • Merancang latihan perakaunan bagi memantapkan kemahiran pegawai
  • Memastikan semua pegawai perakaunan mengikuti latihan perakaunan bagi memantapkan kemahiran pegawai
  • Membuat analisa keberkesanan latihan yang dijalankan

SEKSYEN PEMANTAUAN

Memantau pengurusan perakaunan dan kewangan di kementerian meliputi:

  • ​Melaksanakan Naziran di semua PTJ
  • ​Melaksanakan Verifikasi Aset
  • Melaksanakan Verifikasi Amanah dan Deposit
  • Membuat Analisa Laporan Naziran untuk keperluan pengurusan
  • Melaksanakan Pengurusan Risiko (Kewangan)
  • Memantau pengurusan ABB Kementerian
  • Melaksanakan Naziran di semua PP
  • Melaksanakan Verifikasi Kutipan
  • Membuat Analisa Laporan Naziran untuk keperluan pengurusan
  • Melaksanakan Pengurusan Risiko (Kewangan)

UNIT PENTADBIRAN DAN KEWANGAN

Menguruskan hal ehwal pentadbiran dan kewangan Bahagian:

  • Melaksanakan urusan pentadbiran
  • Menguruskan stor dan aset Bahagian
  • Menguruskan hal-hal perkhidmatan
  • Menguruskan Kewangan PTJ Bahagian
  • Membuat Analisa Kewangan Bahagian untuk keperluan pemantauan pengurusan
  • Mempastikan pelaksanaan pengurusan perakaunan Kementerian Pengangkutan Malaysia dengan cekap, berkesan dan bertanggungjawab.
  • Menjalankan penyeliaan ke atas penerimaan hasil atau amanah Persekutuan dan mengambil langkah-langkah bagi memastikan bahawa hasil atau amanah itu dipungut tepat pada waktunya.
  • Mempastikan hanya perbelanjaan yang dibenarkan dipertanggungkan dalam akaun dengan sewajarnya.
  • Melaporkan kepada Pegawai Pengawal apa-apa luar aturan yang matan berhubung dengan akaun awam yang dibawa kepada perhatiannya.
​​​​​​

Utama | Peta Laman | W3C | Dasar Keselamatan | Dasar Privasi | Penafian | Permohonan Maklumat | FAQ

Paparan terbaik menggunakan resolusi 1280 x 1024 dan ke atas

Hakcipta Terpelihara © MOT 2016 - Kementerian Pengangkutan Malaysia

Versi 2.0

Support multi browser and device