Carian:
Besarkan Saiz Teks Saiz Teks Asal Kecilkan Saiz Teks

​​​​​​​​​​​​​​​​​PERKHIDMATAN PERKAPALAN

Perkhidmatan perkapalan merangkumi perkhidmatan perkapalan dan feri, pelancongan pelayaran dan pendaftaran kapal. Malaysia Shipowners’ Association pula merupakan persatuan yang mewakili kapal-kapal Malaysia, selain daripada Sabah dan Sarawak Shipowners’ Association.​

​​​​​

​​​​​​​​​​​​​​​​Perkhidmatan​ Feri

​Penetapan Laluan Pelayaran Feri​​ 


​Bahagian Maritim bertanggungjawab dalam menetapkan akses perhubungan pengangkutan air dalam perairan Malaysia serta laluan yang merentas sempadan negara. ​​​Permohonan operasi ini adalah inisiatif pihak swasta sepenuhnya yang melibatkan feri penumpang dan feri roll on roll off (RORO).​



​​Kelulusan Permohonan Pengoperasian Feri​

​ 

​Bahagian Maritim, ​bertanggungjawab dalam meluluskan permohonan syarikat-syarikat pengendali perkhidmatan feri di perairan negara. TERTAKLUK kepada syarat-syarat asas yang perlu dipenuhi seperti berikut:​ ​

​​
  1. ​​​​Syarikat perlu mendapatkan kebenaran dan hak berlabuh (berthing right) di terminal secara bertulis daripada pihak berkuasa negeri;
  2. Syarik​at hanya boleh memohon untuk mendapatkan Lesen Perkapalan Dalam Negeri setelah mendapat kebenaran dan hak berlabuh (berthing right) di terminal yang berkaitan secara bertulis daripada pihak berkuasa negeri;​
  3. ​​​​Syarikat bertanggungjawab untuk mendapatkan kelulusan berhubung slot pelayaran dan frekuensi perkhidmatan feri daripada Jabatan Laut Malaysia dan pihak berkuasa negeri;
  4. ​​Syarikat feri perlu menggunakan feri daftaran Malaysia sahaja bagi maksud mengendalikan perkhidmatan feri di laluan tempatan; dan
  5. ​​S​ebarang kelulusan adalah tertakluk kepada syarat-syarat teknikal, operasi, keselamatan dan sekuriti serta lain-lain syarat yang akan ditetapkan oleh Jabatan Laut Malaysia dan Kementerian Pengangkutan dari semasa ke semasa.
  6. ​ ​
​​