Carian:
Besarkan Saiz Teks Saiz Teks Asal Kecilkan Saiz Teks
​​​​​​​​​​​

PERKHIDMATAN PERKAPALAN​​​

Perkhidmatan perkapalan merangkumi perkhidmatan perkapalan dan feri, pelancongan pelayaran dan pendaftaran kapal. Malaysia Shipowners’ Association pula merupakan persatuan yang mewakili kapal-kapal Malaysia, selain daripada Sabah dan Sarawak Shipowners’ Association.​

Pelancongan Pelayaran​​

​Bahagian Maritim juga menyelaraskan pembangunan sektor pelancongan pelayaran terutama dalam pembangunan infrastruktur di setiap destinasi di Malaysia agar mencapai standard antarabangsa sepertimana yang digariskan dalam Formulation of a Cruise & Ferry Intergrated Seaport Infrastructure Blueprint for Malaysia. Pelancongan Pelayaran adalah salah satu Bidang Ekonomi Utama Negara​ (NKEA) yang telah ditetapkan negara dalam meningkatkan jumlah pelancong ke Malaysia.

Info Gr​afik Malaysia Sebagai Destinasi Kapal Persiaran  Antarabangsa



Setakat ini beberapa terminal kapal persiaran yang dibina khas bagi kapal-kapal persiaran adalah di Pulau Pinang, Pulau Indah, Kota Kinabalu dan Langkawi. Sebuah lagi terminal kapal persiaran sedang dibina di Melaka dan dijangka siap pada 2017.

Destinasi Kapal Persiaran​ di Malaysia​​​

​​​​

Statistik Persinggahan Kapal Persiaran di Malaysia

​ No.​​

​Destinasi​

​2013

​2014​

​2015​

​1.

Swettenham Pier Cruise Terminal, Pulau Pinang

​132​

137

​145

​2.

​Langkawi

​58

​43

​80

​3.

Boustead Cruise Centre, Pelabuhan Klang

​102

​97

​137

​4.

​Melaka​​

​45

​46

​49

​5.

Kota Kinabalu, Sabah

​16

​25

​31

6.

​Ku​ching, Sarawak

​6

​8

​6

​ ​​​​
​​​​​​​​​​