Carian:
FAQ Hubungi Kami Aduan & Maklum Balas Peta Laman

​Peranan MOT

Kementerian Pengangkutan berperanan melaksanakan dasar-dasar berkaitan pelabuhan serta aktiviti inter sektoral bagi mewujudkan sektor pelabuhan yan​g cekap, berkesan dan kompetitif di samping menjalankan peranan-peranan seperti berikut:-​

  • Memantau dan menyelia penyediaan Laporan Ringkasan Kedudukan Kewangan dan Prestasi Tahunan Lembaga/Suruhanjaya Pelabuhan untuk setiap tahun bagi membolehkan Jemaah Menteri mengetahui secara umum kedudukan kewangan dan prestasi Lembaga Pelabuhan;
  • Mengkaji dan mengemaskini terma-terma Akta-Akta berkaitan pelabuhan.
  • ​​​Mengkaji terma-terma Perjanjian Penswastaan Pelabuhan bagi pelabuhan-pelabuhan yang diswastakan antara lain termasuk:-
    1. ​​​Perlanjutan kon​sesi penswastaan pelabuhan;
    2. ​Kadar ​sewa pajakan;
    3. ​​​kadar lesen operasi pelabuhan;
    4. ​kadar bayaran threshold (profit sharing);
    5. key performance indicator bagi pelabuhan;
    6. ​kawasan pajakan pelabuhan (demise area); dan
    7. ​​​port undertaking.
  • Memudahcara isu-isu berbangkit berhubung penswastaan semua pelabuhan Persekutuan;
  • Mengkaji terma-terma undang-undang kecil bagi setiap pelabuhan Persekutuan supaya selari dengan keperluan semasa;
  • Menyelaras dan mengkaji keperluan pindaan had pelabuhan dan had pemaliman serta membantu menguruskan pengwartaan had pelabuhan dan had pemaliman yang baru (jika perlu dan berkaitan) bagi pelabuhan;
  • Membantu mengurusetia dan menganalisis serta mengkaji isu-isu/masalah dispute antara pengendali pelabuhan dan Lembaga Pelabuhan;
  • ​Mewakili Jawatankuasa-Jawatankuasa di bawah Lembaga Pengarah Lembaga/Suruhanjaya Pelabuhan bagi Jawatankuasa Perunding Pelabuhan.​​
​ ​​

Utama | Peta Laman | W3C | Dasar Keselamatan | Dasar Privasi | Penafian | Permohonan Maklumat | FAQ

Paparan terbaik menggunakan resolusi 1280 x 1024 dan ke atas

Hakcipta Terpelihara © MOT 2016 - Kementerian Pengangkutan Malaysia

Versi 2.0

Support multi browser and device