Carian:
Besarkan Saiz Teks Saiz Teks Asal Kecilkan Saiz Teks

​​HAL EHWAL ​ANTARABANGSA​

​ ​ ​

​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​ 

​ ​Mesyuarat-Mesyuarat Serantau​​​

​​​
​​

APEC Port Services Network (APSN) merupakan self-funded organisation yang dianggotai oleh Ahli Majlis, Ahli Advisory Board dan Ahli Tetap daripada negara anggota APEC. APSN merupakan salah satu inisiatif yang telah dicadangkan semasa Mesyuarat 4th APEC Economic Leaders pada November 2006 dan ditubuhkan pada tahun 2008. Malaysia merupakan Ahli Majlis APSN pada 2011 dan Kementerian Pengangkutan diwakili oleh Setiausaha Bahagian Maritim yang merupakan Vice President  I APSN.

​​

​Matlamat utama APSN ditubuhkan adalah seperti berikut:​

  • Mempromosikan pembangunan industri pelabuhan melalui hubungan kerjasama yang padu di kalangan pelabuhan di bawah APEC dan industri berkaitan dengan pelabuhan;
  • Menggalakkan perkongsian informasi dan pembangunan kapasiti sumber manusia;
  • Memberi penekanan kepada perihal keselamatan, sekuriti, kecekapan, persekitaran dan tanggungjawab sosial setiap pelabuhan; dan
  • Memastikan kepentingan dan pandangan pelabuhan-pelabuhan di bawah APEC dapat dibentangkan kepada pihak tertinggi Negara.​
​​
​​

Cooperative Mechanism adalah satu bentuk kerjasama yang diwujudkan antara negara-negara pesisir dan negara-negara pengguna Selat Melaka iaitu Malaysia, Singapura dan Indonesia berhubung hal ehwal keselamatan pelayaran dan pencemaran selaras dengan Artikel 43 United Nations Convention on the Law of the Sea (UNCLOS) 1982. Cooperative Mechanism dapat dibahagikan kepada 3 komponen utama seperti berikut:


    1. Cooperation Forum;
      Merupakan platform kepada perbincangan dan perkongsian pendapat berhubung keselamatan pelayaran dan perlindungan alam sekitar di antara negara-negara pesisir dan negara-negara pengguna selat. Forum ini memberi peluang kepada negara-negara pesisir untuk mendapatkan maklum balas daripada negara-negara pengguna berhubung aspek keselamatan pelayaran serta langkah-langkah yang perlu diambil untuk mempertingkatkannya melalui kaedah kerjasama.

    2. Project Coordination Committee;
      Merupakan jawatankuasa yang dipertanggungjawabkan untuk menyelaras pelaksanaan projek di Selat Melaka dan Singapura dan menentukan projek-projek tersebut dilaksanakan dengan sempurna serta mengikut jadual yang ditetapkan. Jawatankuasa ini dianggotai oleh wakil dari negara-negara pesisir dan negara-negara pengguna yang menyumbang kepada projek dan program tertentu.

    3. ​Aids to Navigation Fund (ANF)
      Merupakan satu tabung bagi mendapatkan kerjasama melalui sumbangan kewangan dan kepakaran serta peralatan daripada pengguna-pengguna Selat. Sumbangan disalurkan bagi kerja-kerja menyenggara, membaiki dan menggantikan alat-alat bantuan pelayaran di Selat.
​​​
​​

Tripartite Technical Experts Group (TTEG) ditubuhkan oleh negara-negara pesisir Selat Melaka dan Singapura iaitu Indonesia, Malaysia dan Singapura pada tahun 1975 mengambil kira kepentingan Selat Melaka dan Singapura dari aspek pelayaran antarabangsa. Penubuhan TTEG juga menunjukkan komitmen negara-negara terlibat untuk sentiasa memastikan keselamatan pelayaran kapal-kapal di Selat Melaka termasuk dari aspek konservasi marin. Mesyuarat TTEG diadakan setiap tahun melibatkan wakil-wakil ketiga-tiga negara yang lazimnya membincangkan isu-isu keselamatan pelayaran, mekanisma dan kaedah untuk meningkatkan tahap keselamatan pelayaran, pemeliharaan alam sekitar marin serta pengurusan trafik perkapalan di sepanjang Selat. Penganjuran mesyuarat adalah secara bergilir di antara ketiga-tiga Negara.​​

​​
​​

MTWG adalah platform negara-negara ASEAN mempromosi integrasi dan kerjasama dalam sektor pengangkutan maritim. Fokus mesyuarat terarah kepada aspek pembangunan sektor perkapalan, memudahcara perdagangan maritim serta pembangunan kapasiti dan keupayaan. Pengerusi AMTWG adalah secara sistem giliran di kalangan Negara-negara ASEAN bagi tempoh 2 tahun sekali.​

​​
​​

Brunei, Indonesia, Malaysia and Philippine - East ASEAN Growth Area ditubuhkan pada tahun 1994. Tujuan BIMP - EAGA adalah untuk merealisasikan pembangunan ekonomi yang mampan berdasarkan nilai tambah agro-industri yang tinggi, sumber semula jadi berasaskan pembuatan, pelancongan dan meningkatkan kerjasama antara Negara-negara ahli BIMP - EAGA.

​​
​​

IMT - GT ditubuhkan pada tahun 1993, merupakan platform yang menyediakan rangka kerja sub serantau bagi mempercepatkan kerjasama ekonomi dan integrasi negara-negara anggota dan wilayah di ketiga-tiga negara dalam sektor pengangkutan.​

​​