Carian:
Besarkan Saiz Teks Saiz Teks Asal Kecilkan Saiz Teks

​HAL EHWAL ANTARA​BANGSA

​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​

​​​ ​ ​

AHLI MAJLIS INTERNATIONAL MARITIME ​ORGANIZATION (IMO)​

​​

Malaysia merupakan ahli Majlis IMO semenjak tahun 1971 manakala mula bertanding dan berjaya menduduki kerusi Majlis IMO bagi kategori C semenjak tahun 2005.​​

​​​

International Maritime Organization (IMO) dianggotai oleh 171​ negara ahli dengan 3 negara bersekutu. General Assembly IMO merupakan badan tertinggi IMO dan bermesyuarat 2 tahun sekali. Bagi tempoh tersebut, fungsi IMO dijalankan oleh Majlis (Council) yang merupakan badan eksekutif IMO yang terdiri daripada 40 buah negara yang dilantik oleh General Assembly.​

​Kejayaan ini merupakan satu pengiktirafan komuniti maritim antarabangsa terhadap Malaysia di atas sumbangan dalam bidang maritim di peringkat antarabangsa. Dalam hubungan ini, selaku Ahli Majlis IMO, Malaysia terlibat secara aktif di dalam merangka dan memutuskan dasar-dasar serta program IMO dalam hal ehwal maritim.​​

Selaku Ahli Majlis IMO, Malaysia mempunyai kelebihan tertentu berbanding ahli IMO yang bukan merupakan Ahli Majlis termasuk dari aspek:-​

  • Melantik Setiausaha Agung IMO;
  • Merangka serta meluluskan program dan aktiviti IMO;
  • Malaysia dapat membangkitkan isu-isu maritim ketika Mesyuarat Council dan mengundi selaku Ahli Majlis;
  • Meluluskan belanjawan bagi program-program di bawah IMO termasuk menentukan kadar yuran tahunan keahlian IMO; dan
  • P​enilaian akhir laporan Jawatankuasa Utama ketika dibentang pada Mesyuarat Council
​​ 
​​
​​​
​​