Carian:
Besarkan Saiz Teks Saiz Teks Asal Kecilkan Saiz Teks
​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​ ​​

KESELAMATAN MARITIM​

Keselamatan maritim merangkumi hal ehwal keselamatan pelayaran, pelaut, respon tumpahan minyak dan sistem trafik perkapalan. Elemen-elemen ini penting bagi memastikan perairan Malaysia selamat dan alam persekitaran marin tidak tercemar.​

​​
​​Keselamatan Pelayaran
Bagi memastikan keselamatan pelayaran di perairan Malaysia terjamin, alat-alat bantuan pelayaran seperti rumah api, tanda arah suar dan juga pelampung pandu telah ditempatkan mengikut kawasan yang bersesuaian. Selain itu, Marine Electronic Highway dan Traffic Separation Scheme juga telah dibangunkan bagi memastikan keselamatan lalulintas trafik di laut.​

​​Selanjutnya>>​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​


​​ ​​Pelaut
​Pelaut yang terdiri dari krew dek dan kejuruteraan bertanggungjawab terhadap keseluruhan pengoperasian dan penyelenggaraan kapal. Kepakaran teknikal serta pengetahuan luas berhubung pengoperasian kapal adalah satu elemen yang penting yang perlu ada pada pelaut.


​​Selanjutnya>>​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​

​​​​
Respon Tumpahan Minyak​​​
Pengoperasian kapal berkemungkinan menyebabkan risiko insiden dan pelanggaran kapal sekaligus boleh menyebabkan tumpahan minyak. Ini seterusnya berkemungkinan memberi kesan negatif terhadap alam sekitar marin dan juga komuniti maritim yang lain. Dengan demikian telah dibangunkan sistem respon tumpahan minyak.​

​​Selanjutnya>>​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​

​​​
Sistem Trafik Perkapalan​​​
Sistem Trafik Perkapalan adalah satu sistem pemantauan trafik marin bertujuan memantau pergerakan kapal-kapal yang melalui perairan negara dan juga membantu dari aspek keselamatan pelayaran.​

​​Selanjutnya>>​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​

​​​
​ ​
​ ​​​
​ ​​ ​