Carian:
Besarkan Saiz Teks Saiz Teks Asal Kecilkan Saiz Teks

​​​​​​​​PERLESENAN PERKAPALAN DALAM NEGERI​ (DSL)​​​

Bahagian Maritim menyediakan khidmat keurusetiaan kepada Lembaga Pelesenan Perkapalan Dalam Negeri (LPPDN) dan bertanggungjawab bagi pemprosesan Lesen Perkapalan Dalam Negeri (DSL – Domestic Shipping Licence).​

​​​

Pengenalan​​

​​​

Bahagian Maritim menyediakan khidmat keurusetiaan kepada Lembaga Pelesenan Perkapalan Dalam Negeri (LPPDN) untuk mengeluarkan Lesen Perkapala​n Dalam Negeri (DSL – Domes​tic Shipping Licence):​​​



​DSL dikenakan kepada semua kapal yang beroperasi dari dan ke mana-mana pelabuhan atau tempat di Malaysia (termasuk Zon Ekonomi Ekslusif). DSL juga turut dikenakan kepada kapal-kapal yang memberikan perkhidmatan selain dari perikanan di perairan Ma​laysia seperti pengorekan, pemasangan kabel dan paip dan penyelidikan hidrografi. Ini dikategorikan sebagai perkhidmatan perkapalan domestik.​





​Di bawah Malaysian Shipping Ordinance (MSO) 1952, hanya kapal-kapal Malaysia sahaja yang boleh memberikan perkhidmatan perkapalan domestik di dalam perairan Malaysia dan Zon Ekonomi Eksklusif. ​




Walau bagaimanapun, kapal-kapal asing boleh dibenarkan untuk menjalankan perkhidmatan perkapalan domestik melalui pengecualian oleh Menteri Pengangkutan. Ini tertakluk kepada syarat bahawa tiada kapal Malaysia atau tidak boleh memberikan perkhidmatan yang diperlukan. ​