Carian:
Besarkan Saiz Teks Saiz Teks Asal Kecilkan Saiz Teks
​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​ ​​

PELAN INDUK LOGISTIK DAN FASILITASI PERDAGANGAN​

Pelan Induk Logistik Dan Fasilitasi Perdagangan menyediakan rangka kerja strategik untuk meningkatkan kecekapan pengangkutan dan memudahkan perdagangan serta menjadikan Malaysia sebagai "The Preferred Logistik Gateway to Asia ​". Pelan Induk ini menggariskan langkah-langkah yang perlu diambil bagi menyerlahkan kekuatan negara dalam menyelesaikan bottlenecks​ dalam sektor logistik.

​​ ​
​​Latar bel​akang
​​Industri logistik merupakan tulang belakang kepada rantaian perbekalan dan ia dianggap sebagai kunci untuk merangsang perdagangan, memudahkan perniagaan dan memacu pertumbuhan ekonomi. Menyedari potensi Malaysia dalam industri ini, Unit Perancang Ekonomi (EPU) telah membangunkan Pelan Induk Logistik dan Fasilitasi Perdagangan bagi menyediakan hala tuju strategik untuk meningkatkan lagi produktiviti dan daya saing industri logistik.​
 ​

​​Sela​​​njutnya>>​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​

​​​
Pelan Tindakan
Sejumlah 21 pelan tindakan akan dilaksanakan di bawah pelan ini bagi meningkatkan produktiviti serta menghubungkan industri dan pasaran baik di peringkat negara mahupun peringkat antarabangsa.​
Pelan tindakan yang dirancang ini bagi mengatasi halangan-halangan dalam industri, merangsang pembangunan ekonomi tempatan dan mengukuhkan kedudukan Malaysia di rantau Asia.

​​Selanjutnya>>​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​

​​​​
​ ​
​ ​
​ ​​​
​​​