Carian:
Besarkan Saiz Teks Saiz Teks Asal Kecilkan Saiz Teks
​​​​​​​​​​

​​​​​​​​​​​​​​PEMB​​ANGUNAN RANGKAIAN LANDASAN KERETAPI DI SABAH DAN SARAWAK

Pembangunan rangkaian landasan keretapi di Sabah dan Sarawak adalah terletak di bawah tanggungjawab dan bidang kuasa Kerajaan Negeri Sabah dan Sarawak. Ianya selaras dengan Senarai IIA – Tambahan kepada Senarai Negeri bagi Negeri S​abah dan Sarawak dalam Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan yang telah menetapkan bahawa perkara-perkara berkaitan Keretapi Negeri Sabah dan Sarawak adalah terletak di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri masing-masing.​


Pelan Jajaran Projek Pemodenan Jangka Pendek Rangkaian Rel di Sabah​​​

​Namun begitu, Kerajaan Persekutuan komited membantu Kerajaan Negeri dalam pembangunan sistem rangkaian keretapi di Sabah dan Sarawak. Terkini, Kerajaan Persekutuan telah menyalurkan peruntukan kepada Jabatan Keretapi Negeri Sabah bagi kerja-kerja pemodenan jangka pendek rangkaian landasan keretapi sedia ada pada tahun 2005 sebanyak RM335 juta yang terdiri daripada RM133.8 juta bagi sektor Tanjung Aru – Kimanis dan RM201 juta bagi sektor Kimanis – Tenom.​​

​​​