Carian:
Besarkan Saiz Teks Saiz Teks Asal Kecilkan Saiz Teks

​​​​​PENGANGKUTAN JALAN​​

Pemeriksaan Kenderaan

​​ ​​

PUSPAKOM ditubuhkan pada tahun 1994 yang merupakan anak syarikat milik penuh DRB-HICOM Bhd. PUSPAKOM dilantik oleh Kerajaan Malaysia untuk melakukan semua pemeriksaan mandatori terhadap kenderaan awam dan perdagangan, serta kenderaan persendirian untuk tujuan pembiayaan sewa beli, tukar milik, khas dan insurans.​​​​​​

​​

Semua prosedur dan piawaian pemeriksaan kenderaan yang digunakan dalam aktiviti pemeriksaan oleh PUSPAKOM adalah selaras dengan akta-akta berikut:​​​​​​

1. Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333);

2. Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (Akta 127);

3. Akta Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan 1987 (Akta 334);

4. Akta Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat 2012 (Akta 714); dan

5. ​Akta Perlesenan Kenderaan Pelancongan 1999 (Akta 594).​

Di samping itu, pemeriksaan yang dijalankan di PUSPAKOM juga berpandukan kepada piawaian antarabangsa seperti yang telah ditetapkan oleh United Nations (UN) serta sebagai ahli penuh bagi International Motor Vehicle Inspection Committee (CITA).​​​​​​​


Pada hari ini, PUSPAKOM telah mempunyai 55 Pusat Pemeriksaan di seluruh negara yang juga memberikan perkhidmatan tambahan di 29 lokasi pemeriksaan, dan melakukan lebih dari 3 juta pemeriksaan setiap tahun.​​


Jenis Pemeriksaan Yang Terlibat:​​

​​

1. ​​​​Pusat Pemeriksaan Tetap;

2. Tapak Lawatan;​

3. ​​​​Pemeriksaan Bergerak Primer;

​​​4. Penentukuran Meter Teksi;

​​5. Pengesahan Pelan Kenderaan;

​​​​​​

Maklumat lanjut mengenai jenis-jenis perkhidmatan boleh dilayari melalui laman web ​​PUSPAKOM​.​

​​​