Carian:
Besarkan Saiz Teks Saiz Teks Asal Kecilkan Saiz Teks

​​​​PENGANGKUTAN JALAN​​

​ ​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​

Perkhidmatan Yang Ditawarkan​​​​

Pengenalan​


Tiga elemen yang ditetapkan di bawah perkhidmatan ini melibatkan elemen semakan maklumat kenderaan, semakan lesen memandu dan semakan kesalahan penalti.​​

​ ​

1. ​Semakan Maklumat K​enderaan​

Antara item yang boleh disemak adalah melibatkan semakan tarikh luput, permohonan memperbaharui dan membatalkan Lesen Kenderaan Motor (LKM), penggunaan semula nombor pendafataran hilang/curi/total loss selain perkhidmatan permohonan pemasangan lampu mata arah.​​

Semakan Maklumat Kenderaan secara atas talian ​boleh dibuat disini​.​​​

2. ​Semakan Lesen Memandu​​

Perkhidmatan semakan lesen memandu pula adalah melibatkan antara lain semakan tarikh luput lesen memandu, rayuan lesen memandu tamat tempoh dan permohonan mendapatkan permit memandu antarbangsa (International Driving Permit - IDP).​​​

Semakan Lesen Memandu​ secara atas talian ​boleh dibuat​ ​​disi​ni.​

3. ​Semakan Kesalahan Dan Penalti​

Semakan di bawah menu ini melibatkan semakan terhadap pemegang lesen memandu atau kenderaan sama ada mempunyai rekod saman atau sebaliknya. Selain itu, semakan ini juga dapat mengetahui sama ada pemegang lesen atau kenderaan mempunyai rekod senarai hitam (blacklist) bagi transaksi perkhidmatan JPJ.​​

Semakan Kesalahan Dan Penalti​ secara atas talian ​boleh dibuat​ ​​​​disini​.​


Talian m​ySIKAP

m​ySIKAP merupakan transformasi sistem sokongan utama yang merealisasikan sistem penyampaian perkhidmatan Jabatan secara dalam talian khusus bagi perkhidmatan teras di bawah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Penyampaian perkhidmatan dapat dilaksanakan pada kadar masa nyata (real-time) dalam talian melalui penaiktarafan infrastruktur ICT yang lebih stabil, mapan dan selamat.

mySIKAP merangkumi empat (4) aplikasi perkhidmatan teras dan 18 aplikasi sokongan​ yang dihasilkan untuk meningkatkan kecekapan dan kualiti penyampaian perkhidmatan Jabatan yang bertaraf dunia kepada para pelanggan.​​


Maklumat lanjut mengenai t​alian m​ySIKAP boleh didapati​ ​​disini.​​​​​​

​​

​​ ​

Maklumat selanjutnya​ mengenai perkhidmatan-perkhidmatan yang ditawarkan oleh pengangkutan​ jal​an boleh dilayari melalui laman web ut​ama JPJ​ di ​http://www.jpj.gov.my​​

​​​​