Carian:
Besarkan Saiz Teks Saiz Teks Asal Kecilkan Saiz Teks

​PENGANGKUTAN JALAN​​

​​​P​embangunan Piawaian/Spesifikasi Teknikal Kenderaan

​​​Pembangunan Piawaian/Spesifikasi Teknikal Kenderaan berdasarkan peraturan antarabangsa melalui Pelaksanaan Peraturan United Nation Economic Commission for Europe (UNECE)​.​


Selaras dengan Dasar Automotif Nasional, pihak kerajaan menganggotai pertubuhan antarabangsa yang dikenali sebagai World Forum for Harmonization of Vehicle Regulations (WP29). Ahli kepada pertubuhan ini bertanggungjawab untuk mengadaptasi peraturan United Nations (UN) sebagai penanda aras bagi tahap kualiti produk automotif yang dipasarkan.

​​​​

Di Malaysia, peraturan UN ini diwartakan secara berperingkat ke dalam Kaedah Kaedah Pengangkutan Jalan dan juga kepada Kaedah-Kaedah lain yang berkaitan.

​Peraturan ini dilaksanakan melalui proses Kelulusan Jenis Kenderaan (VTA) oleh Bahagian Kejuruteraan Automotif, Jabatan Pengangkutan Jalan Ibu Pejabat.

Bagi memastikan proses ini berjalan secara telus dan lancar, jawatankuasa yang dikenali sebagai Jawatankuasa National Committee for Type Approval (VTA) and Homologation telah ditubuhkan bagi menilai setiap permohonan Kelulusan Jenis Kenderaan yang dibuat bagi memastikan setiap aspek kenderaan tersebut adalah selaras dengan peraturan semasa yang ditetapkan.


​​Sebagai salah sebuah negara anggota World Forum for Harmonization of Vehicle Regulations (WP29) yang telah menandatangani Perjanjian 1958 dan Perjanjian 1998, Malaysia telah memberi komitmen untuk mengadaptasi peraturan UN ke dalam peraturan sedia ada iaitu Kaedah-Kaedah Pengangkutan Jalan.

Perjanjian 1958 merupakan salah satu perjanjian di bawah WP29 yang mewajibkan proses pensijilan bagi setiap ujian yang dijalankan berdasarkan peraturan UN manakala Perjanjian 1998 pula merupakan salah satu perjanjian di bawah WP29 yang bersifat 'self-declaration' bagi setiap pematuhan piawaian Global Technical Regulation (GTR).


Di bawah Perjanjian 1958, terdapat 133 peraturan UN yang merangkumi aspek teknikal dan keselamatan kenderaan serta aspek pengawalan pelepasan asap dan bunyi dari kenderaan. Jumlah peraturan ini akan bertambah dari semasa ke semasa bergantung kepada keputusan WP29. ​​


Pelaksanaan 134 Peraturan UN


​Untuk maklumat selanjutnya sila rujuk Garis Panduan​ Kelulusan Jenis ​Kenderaan (Pindaan 2015)​ ​​

​​ ​