Carian:
Besarkan Saiz Teks Saiz Teks Asal Kecilkan Saiz Teks
​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​ ​​

PENGANGK​UTAN JALAN​​​

Merupakan salah satu mod pengangkutan utama negara. Kementerian bertanggungjawab dalam mengawal selia pengangkutan jalan yang melibatkan isu-isu antaranya berkaitan pelesenan pemandu, pendaftaran kenderaan, penetapan spesifikasi teknikal kenderaan dan penguatkuasaan lalu lintas jalan raya.

​​​​​
​Pembangunan Piawaian/
Spesifikasi Teknikal Kenderaan
​​​​​Kerajaan Malaysia melalui Kementerian Pengangkutan (MOT) telah menganggotai ​World Forum for Harmonization of Vehicle Regulations (WP29) sejak 4 April 2006 dan melalui dokumen ​ECE/TRANS/WP.29/343/Rev.20 dimana pihak JPJ telah diiktiraf oleh pihak WP29 sebagai Approval ​Authorit​y (AA) bagi kerajaan Malaysia pada 26 Jun 2012 yang berperanan sebagai pihak ​bertanggungjawab terhadap pelaksanaan Peraturan UN dan prosedur yang berkaitan.​

​​Selanjutnya>>​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​


​​Perkhidmatan yang Ditawarkan​
​Perkhidmatan yang ditawarkan adalah melibatkan urusniaga berkaitan dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang merupakan agensi kawal selia pemandu dan kenderaan di Malaysia. Dalam usaha untuk meningkatkan tahap penyampaian perkhidmatan kepada orang awam, JPJ telah menyediakan medium semakan atau urusniaga secara atas talian (online) selaras dengan pembangunan sektor ICT.​​


​​Selanjutnya>>​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​

​​​​
​Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya
​MIROS bertanggungjawab di dalam merancang dan menjalankan kajian dan penilaian berkaitan bidang-bidang yang melibatkan sektor keselamatan jalan raya dan bertindak sebagai one stop centre bagi pengumpulan dan penyebaran maklumat melalui percetakan dan program latihan.

​​Selanjutnya>>​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​

​​​​
​​​Pemeriksaan Kenderaan
PUSPAKOM merupakan syarikat pemeriksaan kenderaan berkomputer bagi memastikan kenderaan memenuhi piawai keselamatan yang ditetapkan. Pemilik kenderaan akan dikenakan caj tertentu dengan kadar yang sesuai.​

​​Selanjutnya>>​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​

​​​​
​ ​
​ ​​
​​