Carian:
Besarkan Saiz Teks Saiz Teks Asal Kecilkan Saiz Teks

​​​​KESELAMATAN JALAN RAYA

​​​​​​​​​​​​​​​​​​​Pelan Keselamatan Jalan Raya 2014 - 2020

Kementerian Pengangkutan telah melancarkan Pelan Keselamatan Jalan Raya Malaysia 2014 - 2020 (PKJRM 2014 - 2020) pada November 2014 dalam usaha meningkatkan tahap keselamatan jalan raya di Malaysia setaraf dengan negara maju. Pelan ini adalah kesinambungan kepada Pelan Keselamatan Jalan Raya Malaysia 2006 - 2010 (PKJRM 2006 - 2010). Pelan ini juga selari dengan usaha global melalui United Nations Decade of Action for Road Safety 2011 - 2020 dengan sasaran untuk menstabilkan dan seterusnya mengurangkan jangkaan kadar kematian akibat kemalangan jalan raya sebanyak 50% menjelang tahun 2020 di seluruh dunia melalui pelaksanaan pelbagai aktiviti dan inisiatif-inisiatif keselamatan jalan raya. Pelan ini telah dirangka berdasarkan lima (5) Tonggak Strategik seperti berikut:

​​

Pelan Strategik Keselamatan Jalan Raya 2014 - 2020



​​​

Majlis Pelancaran Pelan Keselamatan Jalan Raya 2014-2020 oleh YB. Menteri Pengangkutan pada 2 November 2014 di Kota Bharu, Kelantan​​​


​​

Di bawah PKJRM 2014 - 2020, Kementerian telah mensasarkan untuk mengurangkan Indeks Kematian kepada 2.0 pada tahun 2020 dan optimis bahawa sasaran ini mampu dicapai dengan kerjasama pelbagai agensi Kerajaan dan Swasta secara komprehensif dan menyeluruh.









​​​