Carian:
Besarkan Saiz Teks Saiz Teks Asal Kecilkan Saiz Teks
​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​ ​​

KESELAMATAN JALAN RAYA​

Setiap tahun, kemalangan jalan raya telah mengakibatkan seramai 1.24 juta orang kehilangan nyawa dan antara 20 hingga 50 juta orang lagi mengalami kecederaan di seluruh dunia. Kemalangan jalan raya telah dikenal pasti sebagai penyebab kematian yang kelapan dan merupakan penyebab utama kematian di kalangan generasi muda yang berumur antara 15 hingga 29 tahun. Dalam usaha menangani isu keselamatan jalan raya ini​, Kerajaan melalui agensi-agensi berkaitan telah merancang dan melaksana pelbagai intervensi/inisiatif keselamatan jalan r​aya yang meliputi lima elemen iaitu pendidikan (education), penguatkuasaan (enforcement), kejuruteraan (engineering), persekitaran (environment) dan penilaian (evaluation) (5E’s).​​

​​
​​Pelan Keselamatan Jalan Raya
​2014 - 2020
Kementerian Pengangkutan telah melancarkan Pelan Keselamatan Jalan Raya Malaysia 2014 - 2020 (PKJRM 2014 - 2020) pada November 2014 dalam usaha meningkatkan tahap keselamatan jalan raya di Malaysia setaraf dengan negara maju. Pelan ini adalah kesinambungan kepada Pelan Keselamatan Jalan Raya Malaysia 2006 - 2010 (PKJRM 2006 - 2010).​​

​​Selanjutnya>>​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​


Indeks Kematian Ak​ibat Kemalangan Jalan Raya​
Indeks kematian akibat kemalangan jalan raya per 10,000 kenderaan berdaftar (Indeks Kematian) adalah merupakan salah satu kaedah yang diterima pakai secara global sebagai salah satu kaedah pengukuran tahap keselamatan jalan raya bagi sesebuah negara. ​
​​

​​Selanjutnya>>​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​

​​​​
​ ​​​​
​​