Carian:
Besarkan Saiz Teks Saiz Teks Asal Kecilkan Saiz Teks

​NKRA​

Latar Belakang NKRA - UPT​​​

​Berasaskan kepada Dasar 1Malaysia: Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.​​​ ​Merupakan salah satu elemen di bawah Pelan Transformasi Kerajaan (Government Transformation Program​​me – GTP) yang telah dilancarkan oleh Y.A.B. Perdana Menteri, Dato’ Sri Najib Tun Razak pada bulan April 2009.


2 Objektif U​tama GTP​​:​​


  • Mengubah Kerajaan agar menjadi lebih efektif di dalam penyampaian perkhidmatan kepada rakyat; dan​
  • ​​M​enggerakkan Malaysia ke hadapan untuk menjadi masyarakat yang maju, bersatu dan adil dengan taraf hidup yang tinggi untuk semua.​​​
​​​

Bidang Keberhasilan Utama Negara​


6 Bidang Keberhasilan Utama Negara (National Key Results Area – NKRA) secara rasminya tel​ah diumumkan oleh Y.A.B. Perdana Menteri pada 27 Julai 2009 memastikan wujudnya elemen tanggungjawab yang serius di kalangan anggota pentadbiran dan juga penjawat awam.

​Salah satu dari NKRA tersebut adalah:

“Menambah Baik Pengangkutan Awam Dalam Jangka Masa Sederhana” (Urban Public Transport – UPT), ataupun dikenali sebagai NKRA-UPT.​


​YB. Menteri Pengangkutan merupakan peneraju NKRA berkenaan. ​Pelaksanaan NKRA-UPT ini dijalankan dalam 2 Fasa iaitu Program Transformasi Kerajaan Fasa 1 (GTP 1.0) bagi tempoh 2010 hingga 2012, dan Fasa 2 (GTP 2.0) bagi tempoh 2013 – 2015.​

​​​

​​Latar belakang NKRA secara terperinci dapat dilihat melalui laman web ​Pemandu​​​.​

​ ​