Carian:
Besarkan Saiz Teks Saiz Teks Asal Kecilkan Saiz Teks

​​​​​​​​​​​​MULTI​LATERAL​

​​​

​​COMCEC (OIC)​

​​

​The Standing Committee for Economic and Commercial Cooperation of the Organization of the Islamic Cooperation (COMCEC) adalah salah satu daripada 4 jawatankuasa di bawah Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC). Ia telah ditubuhkan pada tahun 1981 di Persidangan Kemuncak Islam Ketiga yang diadakan di Mekah / Ta'if dan berfungsi sebagai ​forum kerjasama ekonomi dan perdagangan pelbagai hala di dunia Islam. Jawatankuasa ini bermesyuarat setiap tahun di peringkat menteri di İstanbul yang dipengerusikan oleh Presiden Republik Turki.​​​​​​

​​​ ​
​ ​

Organisasi mentakrifkan skop kerjasama dengan perdagangan, pengangkutan, pertanian, pelancongan, pembasmian kemiskinan dan kewangan serta kerjasama sektor swasta. Kementerian Pengangkutan terlibat secara langsung di dalam kerjasama COMCEC melalui COMCEC Transport and Communications Working Group yang diadakan 2 kali setiap tahun.​

Antara perkara yang dibincangkan meliputi pengalaman negara-negara anggota mengenai pencapaian dan cabaran dalam melaksanakan pembangunan projek dalam sektor pengangkutan di negara-negara masing-masing. Kementerian Pengangkutan telah terlibat di dalam 2 mesyuarat di peringkat Working Group iaitu mesyuarat kali keempat bertemakan “Developing Air Linkages to Sustain Tourism among the Member States” dan mesyuarat kali kelima pada Februari 2015 dengan tema “Evaluating the Ownership, Governance Structures, and Performances of Ports in the OIC Member States”.​​​

​ ​
​​​​​​