APEC Women in Transportation Data Framework and Best Practices Initiative (Inisiatif APEC WiT) telah dilancarkan sempena Mesyuarat Peringkat Menteri Pengangkutan APEC yang diadakan pada Oktober 2015 di Cebu, Filipina. Amerika Syarikat bersama rakan strategik utama, Filipina dan Vietnam telah menerajui agenda APEC WiT ini melalui kajian, pembiayaan dan pembangunan laporan inisiatif APEC WiT dengan sasaran untuk merangka dan melaksanakan langkah-langkah mempertingkatkan peluang untuk wanita di seluruh sektor pengangkutan dan logistik.
Inisiatif APEC WiT ini telah mengenalpasti 5 asas utama sebagai teras strategik iaitu Pendidikan, Kemasukan ke Sektor, Pengekalan, Kepimpinan, serta Akses dan Penggunaan. Penglibatan Malaysia dalam inisiatif ini telah diluluskan semasa mesyuarat APEC Transport Working Group di Papua New Guinea pada 6 April 2016. Projek perintis Malaysia telah memberi tumpuan kepada asas Kepimpinan yang memfokuskan topik pelaburan dalam meningkatkan penglibatan wanita profesional dalam sektor pengangkutan, meningkatkan peluang bagi wanita untuk menjadi pemimpin dalam sektor pengangkutan dan pengiktirafan yang lebih tinggi terhadap wanita sebagai pemimpin dalam sektor ini.
Sebagai permulaan, pasukan projek APEC WiT telah memilih untuk memberi tumpuan kepada subsektor pelabuhan kerana dianggap sektor yang paling mencabar bagi wanita. Sehubungan dengan itu, projek
Data Initiative Pilot Project for the Port Sector in Malaysia yang diterajui oleh Kementerian Pengangkutan Malaysia telah dilancarkan. Malaysia Institute of Transport (MITRANS), UiTM telah dilantik untuk menerajui penyelidikan dan melaksanakan projek serta disokong oleh Chartered Institute of Logistics and Transport Malaysia (CILT-M) dan TalentCorp Malaysia.
Sepanjang tiga tahun yang lalu, pasukan projek APEC WiT telah berusaha untuk menjayakan inisiatif tersebut dan melaporkan kemajuannya dalam setiap mesyuarat
APEC Transport Working Group. Proses yang terlibat dalam usaha-usaha membangunkan potensi wanita sebagai pemimpin di sektor pelabuhan telah berjaya didokumenkan dalam bentuk
Tool Kit: Advocating for Leadership through Mentoring Programme within the APEC Framework of Women in Transportation supaya dapat diaplikasikan oleh sektor pengangkutan dan logistik bukan hanya di Malaysia malah akan menjadi sumber rujukan untuk Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik yang lain.
Video ringkasan mengenai program
APEC Women In Transport and Mentoring: At A Glance