Carian:
Besarkan Saiz Teks Saiz Teks Asal Kecilkan Saiz Teks
​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​ ​​

MULTILATERAL​​​

Penglibatan Kementerian Pengangkutan di dalam hubungan pelbagai hala/multilateral yang melibatkan beberapa buah negara adalah bagi mewujudkan kerjasama strategik di dalam sektor pengangkutan di kalangan negara-negara yang terlibat.​

​​
Association of Southeast Asean Nations (ASEAN)
Association of Southeast Asean Nations​ (ASEAN) adalah sebuah organisasi politik dan ekonomi yang terdiri daripada sepuluh buah negara-negara Asia Tenggara. ASEAN telah ditubuhkan pada 8 Ogos 1967. Objektif penubuhan ASEAN adalah untuk mempercepatkan pertumbuhan ekonomi, kemajuan sosial, dan evolusi sosiobudaya di kalangan negara-negara anggota, perlindungan keamanan dan kestabilan serantau bagi negara-negara anggota.

​​Selanjutnya>>​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​

​​​
Asia-Pasific Economic Cooperation (APEC)​​
APEC telah dibentuk pada tahun 1989 dan kini dianggotai oleh 21 buah negara termasuk Malaysia. Ia merupakan satu forum antarabangsa yang menjadi medan perundingan dan kerjasama ekonomi di kalangan negara-negara rantau Asia Pasifik.​​​​​​​​

​​​Selanjutnya>>​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​

​​​​
Economic and Social Commission for Asia and The Pasific (UNESCAP)​​​​
ESCAP telah dibentuk pada tahun 1947 dan kini dianggotai oleh 53 buah negara dan 9 buah Associate Members. Ia merupakan satu forum antarabangsa yang menjadi medan perundingan dan kerjasama ekonomi di kalangan negara-negara rantau Asia dan Pasifik.​

​​Selanjutnya>>​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​

​​​
COMCEC (OIC)
The Standing Committee for Economic and Commercial Cooperation of the Organization of the Islamic Cooperation (COMCEC) adalah salah satu daripada 4 Jawatankuasa di bawah Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC).

​​​Selanjutnya>>​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​

​​​​
​ ​
​ ​​​
​​​​