Unit Parlimen & Antarabangsa 
Encik Misrun Bin Timin
M.Sc(Innovation and Technology Management) Universitiy of Sussex, UK. 1992
  • Ketua Unit Parlimen Dan Antarabangsa, Kementerian Pengangkutan Malaysia (Ogos 2011 – Sekarang)
  • Timbalan SUB, Bahagian Inovasi dan Pengkomersilan, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) (2007-Ogos 2011)
  • Timbalan Pengarah (Unit Dasar), Bahagian Sains, Teknologi dan Inovasi, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) (2006-2007)
  • Timbalan Pengarah (Unit Pembangunan), Bahagian Sains dan Teknologi Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar (MOSTI) (2004-2005)
  • Pengarah Pendidikan dan Operasi, Bahagian Kajian Sains Angkasa/Planetarium Negara, Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar (MOSTI) (1996-2004)
  • Penolong Pengarah (Unit Pembangunan), Bahagian Sains dan Teknologi, Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar (MOSTI) (1992-1996)
  • Penolong Pengarah (Industri), Unit Perancang Ekonomi UPEN, Pejabat SUK Negeri Sembilan (1988-1991)
  • Penolong Pengarah, Unit Penyelarasan Pelaksanaan ICU, Jabatan Perdana Menteri (JPM) (1983-1988)
Bahagian Korporat & Antarabangsa diwujudkan pada tahun 2002 dengan menggabungkan Unit Antarabangsa, Unit Penyelarasan Dasar, Unit Perhubungan Awam dan Unit Perangkaan. Pada 25.2.2009, hasil daripada pengstrukturan semula Kementerian, bahagian ini telah ditukar dengan nama baru iaitu Bahagian Kabinet, Parlimen & Antarabangsa. Hasil daripada pengstrukturan semula ini, Unit Perhubungan Awam, Unit Penyelarasan Dasar. dan Unit Perangkaan telah dikeluarkan daripada Bahagian Kabinet, Parlimen & Antarabangsa. Dalam pada itu, satu unit baru telah diwujudkan di Bahagian ini iaitu Unit Parlimen dan Jemaah Menteri.
  • Menyelaras penyediaan maklumbalas terhadap keputusan Jemaah Menteri dalam tempoh 2 hari waktu bekerja.
  • Menyelaras urusan Parlimen termasuk berhubung dengan penyediaan jawapan dan input bagi soalan-soalan Parlimen, titah ucapan diraja dan penggulungan perbahasan dalam tempoh 5 hari bekerja.
  • Menyelaras input / maklumbalas mengenai isu-isu antarabangsa bagi sektor pengangkutan dalam masa yang ditetapkan.
  • Merancang dan menyelaras kerja-kerja penganjuran Mesyuarat / Seminar / Persidangan Antarabangsa dalam tempoh yang ditetapkan.
  • Merancang dan menyelaras lawatan rasmi / kunjungan tetamu kehormat Y.B Menteri dan Y. Bhg. KSU / delegasi dari dalam dan luar Negara dalam tempoh 3 hari waktu bekerja.
  • Memastikan aduan dijawab dalam tempoh 3 hari bekerja.
  • Menyelaras dan menguruskan hal-hal berkaitan Parlimen.
  • Menyelaras dan menjadi focal point bagi hal-hal berkaitan Jemaah Menteri.
  • Menyelaras dan memantau pelaksanaan program kerjasama serantau dan antarabangsa.
  • Untuk menyelaras urusan Parlimen dan Jemaah Menteri di peringkat Kementerian Pengangkutan.
  • Untuk menyelaras hubungan kerjasama antarabangsa dalam sektor pengangkutan.
  • Untuk menyelaras semua maklum balas Jemaah Menteri dan menjadi urus setia Mesyuarat Pra Kabinet dan Pasca Kabinet.
Skip navigation links
Unit Komunikasi Korporat
Unit Audit Dalam
Unit NKRA
Unit Penasihat Undang-undang
Unit Parlimen dan Antarabangsa