Unit Penasihat Undang-undang
|
| Puan Zarinah binti Mat Jailaini |
| LLB (Hons) Universiti Malaya |
- Penasihat Undang-Undang, Kementerian Pengangkutan (November 2010 – Sekarang)
- Pegawai Undang-Undang II, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (2009 – 2010)
- Penasihat Undang-Undang, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (2004 – 2009)
- Peguam Persekutuan Bahagian Penyemakan dan Pembaharuan Undang-Undang, Jabatan Peguam Negara (2002 – 2004)
- Penolong Penasihat Undang-Undang, Kementerian Perusahaan Utama (1995 – 2002)
|
|
Rasional kewujudan jawatan Penasihat Undang-Undang Kementerian adalah berdasarkan kepada Perkara 145 (2) Perlembagaan Persekutuan yang mana menyebut :
Perkara 145.
Peguam Negara (2) Menjadi kewajipan Peguam Negara menasihati Yang diPertuan Agong atau Jemaah Menteri atau mana-mana Menteri mengenai apa-apa perkara undang-undang, dan melaksanakan apa-apa tugas lain yang bersifat undang-undang, yang dari semasa ke semasa dirujukkan atau ditugaskan kepadanya oleh Yang diPertuan Agong atau Jemaah Menteri, dan menunaikan fungsi yang diberikan kepadanya oleh atau di bawah Perlembagaan ini atau mana-mana undang-undang bertulis yang lain.
Penasihat Undang-Undang yang bertugas di Kementerian merupakan wakil khas Peguam Negara yang mana fungsi amnya adalah untuk menasihati kementerian dalam hal-hal perundangan. Oleh yang demikian, kehadiran Penasihat Undang-Undang kementerian ialah bagi melaksanakan tugas-tugas Perlembagaan seperti yang dinyatakan dengan jelasnya di bawah Perkara 145(2) Perlembagaan Persekutuan tersebut.
|
- Memberi nasihat undang-undang berkualiti kepada kementerian dan jabatan, agensi dan bahagian di bawahnya dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh penerimaan dokumen dan maklumat yang lengkap.
- Menggubal dan menyemak apa-apa perundangan utama atau subsidiari yang sedia ada di bawah kendalian kementerian dalam masa 40 hari selepas semua isu perundangan dan dasar diselesaikan.
- Menyemak dokumen kontrak/perjanjian jabatan, bahagian dan agensi di bawah kementerian dalm tempoh 14 hari dari tarikh dokumen lengkap diterima.
- Menyemak serta memberi arahan terhadap kertas siasatan di bawah akta Kementerian Pengangkutan Malaysia yang dirujuk dalam tempoh 14 hari.
- Mewakili kerajaan Malaysia dan Kementerian dalam mana-mana prosiding guaman (litigasi guaman) pada tarikh, masa dan tempat seperti yang diarahkan oleh Peguam Negara.
|
- Memberi nasihat perundangan mengenai semua bidang undang-undang kecuali undang-undang antarabangsa dan undang-undang Islam, berkenaan dengan perkara yang dirujuk kepadanya oleh Kementerian.
- Membantu menafsir undang-undang apabila dikehendaki oleh Kementerian.
- Mendraf atau menyemak dokumen undang-undang yang mana Kerajaan merupakan suatu pihak.
- Menjalankan penyelidikan atau kajian mengenai perkara berkaitan undang-undang.
- Menyediakan draf Rang Undang-Undang atas arahan Kementerian untuk mencerminkan keputusan dasar yang dibuat oleh Kerajaan.
- Menyertai rundingan perjanjian berkenaan dengan projek Kerajaan yang melibatkan Kementerian.
- Menghadiri mesyuarat agensi Kerajaan dan memberi nasihat undang-undang mengenai perkara yang dibincangkan.
- Menyertai sesi perkongsian maklumat atau latihan mengenai perkara berkaitan undang-undang dengan memberikan kepakaran undang-undang kepada Kerajaan.
- Menghadiri Parlimen apabila ia bersidang untuk memberi apa-apa bantuan yang bersifat undang-undang apabila dikehendaki oleh Menteri.
|
- Memberi nasihat kepada Kementerian Pengangkutan dan agensi-agensi di bawahnya mengenai perkara berkaitan undang-undang.
- Menjalankan apa-apa tugasan lain yang bersifat undang-undang yang dirujukkan kepada Unit ini.
|
|
|