Unit Komunikasi Korporat 
Encik Mano a/l Verabathran
M SC. Corporate Communication (Universiti Putra Malaysia)
  • Ketua Komunikasi Korporat, Di Unit Komunikasi Korporat Kementerian Pengangkutan (September 2011 – Sekarang)
  • Ketua Penolong Setiausaha Kanan Di Bahagian Perancangan dan Penyelidikan, Kementerian Pengangkutan(2010 – September 2011)
  • Ketua Penolong Pengarah, Program Kecemerlangan Kepimpinan Jabatan Perkhidmatan Awam (Ditempatkan di Institut Tadbiran Awam Negara(INTAN))(2008 – 2010)
  • Jawatan Latihan, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).(Pegawai Diluluskan Cuti Belajar Bergaji Penuh)(2004 – 2008)
  • Penolong Setiausaha Di Kementerian Pembangunan Wanita Dan Keluarga (2001-2004)
  • Penolong Setiausaha Di Kementerian Pendidikan (1995 – 2001)
Unit ini ditubuhkan pada November 2008 di mana ia mengambil alih fungsi Unit Perhubungan Awam yang sebelum ini ditempatkan di bawah Bahagian Korporat dan Antarabangsa. Unit ini dibuat pemantapan dengan pewujudan Ketua Komunikasi Korporat, Gred 54 dan pewujudan beberapa jawatan Pegawai Perhubungan Awam serta kakitangan sokongan.

Fungsi utama unit ini ialah sebagai focal point Kementerian di dalam penyampaian dan penyaluran maklumat, peningkatan imej korporat Kementerian, perhubungan awam dan media serta pengurusan aduan dan khidmat pelanggan.

  • Memberi perkhidmatan yang professional, mesra, sopan dan cekap.
  • Memberi respon terhadap aduan dan pertanyaan pelanggan dalam tempoh tiga hari bekerja.
  • Menyediakan kemudahan yang selesa dan mesra pelanggan di kaunter khidmat pelanggan.
  • Menghebahkan program dan aktiviti Kementerian kepada kumpulan khalayak sasaran.
  • Menghantar Laporan Aduan Awam kepada Biro Pengaduan Awam pada hari Selasa pertama setiap bulan.
  • Memastikan surat kepada pengarang diijawab dalam masa 1 hari bekerja setelah mendapat jawapan dari jabatan dan agensi.
  • Focal point dalam penyampaian dan penyusunan maklumat.
  • Merancang dan melaksanakan aktiviti peningkatan imej korporat Kementerian/Agensi.
  • Merancang, menyelaras dan melaksana pelan komunikasi/promosi/publisiti program serta pencapaian kementerian/agensi.
  • Merancang dan melaksanakan program perhubungan awam kementerian/agensi.
  • Mengurus dan mengendalikan perhubungan dengan pihak media.
  • Merancang, mengurus, melaksanakan dan memantau semua urusan berkaian Pelanggan.
  • Mengurus, memantau dan menyelaras semua aduan yang diterima.
  • Memantau isu-isu berkaitan kementerian/agensi di media massa.
  • Merancang, menyelaras dan menerbitkan bahan-bahan penerbitan kementerian.
  • Memupuk hubungan korporat yang harmonis bersama industri, media massa, khalayak industri (stakeholders) dan pelanggan.
  • Mengawal selia, memantau dan mengurus segala aktiviti yang berhubungkait dengan isu dan aduan orang awam terhadap perkhidmatan yang diberi oleh Kementerian dan agensi-agensi di bawahnya.
  • Membina imej, mengiklankan dan mempromosikan hebahan berita, perkhidmatan, polisi dan dasar mengenai Kementerian.
Skip navigation links
Unit Komunikasi Korporat
Unit Audit Dalam
Unit NKRA
Unit Penasihat Undang-undang
Unit Parlimen dan Antarabangsa