|
|
|
|
|
|
| PERMIT PERKHIDMATAN UDARA (ASP) |
- Untuk mengadakan penerbangan secara tidak berjadual (charter) untuk tujuan pengangkutan penumpang, mel atau kargo melalui udara untuk sewa dan upah.
|
- Setiap permohonan baru mestilah dibuat melalui Jabatan Penerbangan Awam (DCA) menerusi borang PPU 011 manakala bagi permohonan memperbaharui menerusi borang PPU 011A.
|
- Pemohon perlu mengemukakan maklumat-maklumat berikut kepada DCA:
|
- Carta struktur organisasi;
- Struktur kewangan (pemegang ekuiti saham, bukti sumber keawangan syarikat untuk membiayai syarikat dan operasi, anggaran penyata akaun untung dan rugi syarikat untuk tiga tahun mula beroperasi, anggaran kasar perbelanjaan dan pendapatan, butir-butir terperinci mengenai kos yang terlibat untuk tempoh mulai dari syarikat mula menghantar permohonan sehingga syarikat memulakan operasi dan penjelasan bagaimana syarikat membiayai mana-mana kos yang terlibat, anggaran aliran tunai untuk tempoh dua tahun pertama beroperasi dan maklumat untuk membiayai pesawat sama ada membeli atau menyewa termasuk syarat-syarat menyewa pesawat);
- Perkhidmatan yang dicadangkan (penumpang/kargo atau campuran, laluan/destinasi yang dicadangkan, kajian trafik yang dilakukakan dan dokumen lain yang boleh menyokong permohonan);
- Pesawat yang dicadangkan;
- Butiran insuran pesawat dan penumpang termasuk pihak ketiga;
- Butiran berhubung urusan penyenggaraan pesawat; dan
- Faedah kepada negara dengan adanya perkhidmatan ini.
|
|
|
|
|