Sektor Maritim 
Jabatan
Jabatan Laut Malaysia adalah sebuah jabatan Kerajaan yang terletak di bawah Kementerian Pengangkutan Malaysia. Jabatan ini diwujudkan bagi mentadbir urusan perkapalan dan pelabuhan serta hal ehwal maritim di perairan Malaysia.
Badan-badan Berkanun
Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP) bertanggungjawab terhadap pentadbiran Pelabuhan Pulau Pinang untuk menyedia dan menyelenggarakan kemudahan-kemudahan serta perkhidmatan-perkhidmatan pelabuhan dan feri di Pelabuhan Pulau Pinang di samping mempertingkatkan kemajuan, pembangunan dan penggunaan pelabuhan.
Lembaga Pelabuhan Johor (LPJ) merupakan sebuah badan kawalselia yang mengawalselia operasi di Pelabuhan Pasir Gudang dan operasi di Pelabuhan Tanjung Pelepas di Gelang Patah.
Lembaga Pelabuhan Kelang (LPK) / Lembaga Pelabuhan Melaka merupakan sebuah badan berkanun yang ditubuhkan pada 1 Julai 1963 bagi mengambil alih pentadbiran Pelabuhan Kelang daripada Keretapi Tanah Melayu.
Lembaga Pelabuhan Kuantan / Kemaman ditubuhkan pada 1 September 1974 di bawah Akta Lembaga-Lembaga Pelabuhan, 1963 dan merupakan sebuah Badan Berkanun Persekutuan yang bertanggungjawab kepada Kementerian Pengangkutan.
Lembaga Pelabuhan Bintulu adalah badan kawalselia memainkan peranan yang penting didalam menyokong Pelabuhan Bintulu dalam industri petroleum dan gas Malaysia dan juga sebagai pelabuhan yang menguruskan pelbagai kargo seperti kontena, kargo am, pikal dan lain-lain lagi.

Institut Maritim Malaysia adalah institut yang bertanggungjawab menjalankan kajian yang telah ditetapkan oleh Kerajaan Malaysia berkaitan dengan kepentingan Malaysia di laut dan menjadi focal point untuk penyelidikan dalam sektor maritim.
Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP) bertanggungjawab ke atas operasi Pelabuhan Tanjung Pelepas merangkumi pengendalian kontena mengikut peraturan-peraturan dan undang-undang yang dikeluarkan oleh Kerajaan serta perkhidmatan malim-malim yang cekap bagi menjamin keselamatan di pelabuhan.
Kuantan Port Consortium Sdn. Bhd. bertanggungjawab dalam memangkin pembangunan Koridor Pantai Timur sebagai pusat industri petrokimia.
Northport Berhad adalah operator pelabuhan terbesar di Malaysia, mengendalikan 60% daripada perdagangan.
Penang Port Sdn. Bhd. dilesenkan untuk mengendalikan, mengurus dan menyelenggara kemudahan pelabuhan dan feri serta melaksanakan projek-projek pembangunan.
Bintulu Port Sdn. Bhd (BPSB) memainkan peranan utama dalam menjadikan Pelabuhan Bintulu sebagai Pelabuhan Pengendali LNG bertaraf dunia di samping mengendalikan kargo dari pelbagai jenis lain melalui terminal khusus yang mengendalikan pukal kering , kargo pukal cecair dan kargo kontena.
Johor Port Berhad berperanan menawarkan perkhidmatan yang menyeluruh. Bertanggungjawab mengendalikan kargo dari pelbagai jenis dan keperluan melalui terminal khusus yang mengendalikan pukal dan pukal cerai, kargo pukal cecair dan kargo kontena.
Wesports Sdn. Bhd. memainkan peranan utama dalam usaha Malaysia untuk menyediakan tempat penyimpanan, bunkering, mengendalikan kargo / freight dan kemudahan pelabuhan lain yang berkaitan yang menambah pentingnya Malaysia sebagai link dalam perdagangan maritim global.
PEJABAT LAUT DI BATU PAHAT, JOHOR

PROJEK PEMBANGUNAN INFRASTRUKTUR BAGI PENGGALAKKAN KAPAL REKREASI DISARAWAK ( PROJEK MARINA KUCHING )

PUSAT LATIHAN JABATAN LAUT SEMENANJUNG MALAYSIA DI PULAU INDAH, SELANGOR

PERJANJIAN PENGANGKUTAN MARITIM
Malaysia telah memuktamadkan perjanjian pengangkutan maritim dengan beberapa buah negara sejak tahun 80an bagi mengukuhkan kerjasama dua hala di dalam sektor maritim. Peruntukan-peruntukan utama perjanjian tersebut adalah:

i)   Klausa layanan istimewa;

ii)  Pengesahan kapal dan sijil pelaut; dan

iii)  Mekanisme konsultansi dua hala untuk mengukuhakn kerjasama.

Malaysia telah memuktamadkan sejumlah 12 perjanjian-perjanjian perkapalan dua hala seperti mana yang tertera di bawah:

Bil Perjanjian Perkapalan Dua Hala Tarikh Perjanjian
01 Bangladesh 19 April 1983
02 Turkey 8 September 1983
03 Belgo - Luxemburge 12 Februari 1985
04 Sri Lanka 17 Jun 1985
05 Pakistan 24 Ogos 1985
06 Union of Soviet Socialist Republics (USSR) 31 Julai 1987
07 China 9 September 1987
08 Indonesia 17 Jun1988
09 Korea Selatan 21 Julai 1988
10 Romania 26 Februari 1991
11 Vietnam 31 Mac 1992
12 Afrika Selatan 7 Mac 1997
KONVENSYEN ANTARABANGSA
Malaysia telah meratifikasi beberapa Konvensyen Antarabangsa yang telah diterima pakai oleh International Maritime Organization (IMO). Konvensyen Antarabangsa yang diratifikasi adalah seperti berikut:

Bil Konvensyen Antarabangsa Tarikh Berkuatkuasa
01 International Convention on Load Lines (LL) 1966 12 April 1971
02 Convention on the International Maritime Organization 1948 17 Jun 1971
03 Convention on the International Regulations for Preventing Collisions at Sea (COLREG) 1972, as amended 23 Disember 1980
04 International Convention for the Safety of Life at Sea (SOLAS) 1974, as amended 19 Januari 1984
05 Protocol of 1978 relating to the International Convention for the Safety of Life at Sea 1974, as amended 19 Januari 1984
06 International Convention on Tonnage Measurement of Ships (Tonnage) 1969 24 Julai 1984
07 Convention on the International Mobile Satellite Organization (INMARSAT) 1976, as amended 12 Jun 1986
08 Operating Agreement on the International Mobile Satellite Organization 1976, as amended 12 Jun 1986
09 International Convention on Standards of Training, Certification and Watchkeeping for Seafarers (STCW) 1978, as amended 30 April 1992
10 Protocol of 1978 relating to the International Convention for the Prevention of Pollution from Ships (MARPOL) 1973, as amended (Annexes I and II ) 31 Januari 1997
11 Protocol of 1978 relating to the International Convention for the Prevention of Pollution from Ships (MARPOL) 1973, as amended (Annexes V ) 31 Januari 1997
12 International Convention on Oil Pollution Preparedness, Response and Co-operation (OPRC) 1990 30 Oktober 1997
13 Amendments Adopted in November 1991 to the Convention of the International Maritime Organization (Institutionalization of the Facilitation Committee) 9 November 2004
14 International Convention on Civil Liability for Oil Pollution Damage (CLC) 1992 9 Jun 2005
15 International Convention on the Establishment of an International Fund for Compensation for Oil Pollution Damage (FUND) 1992 9 Jun 2005
16 The International Convention on Civil Liability for Bunker Oil Pollution Damage, 2001 (Bunkers Convention 2001) 12 Februari 2009
17 The International Convention for the Limitation of Liability for Maritime Claims, 1976 as Amended by Protocol of 1996 (LLMC Convention 1996) 10 Februari 2009
18 International Convention on the Establishment of an International Fund for Compensation for Oil Pollution Damage (FUND) 16 Oktober 1978
19 MARPOL 73/78, Annex III: Regulations for the Prevention of Pollution by Harmful Substances Carried by Sea in Packaged Form 1 Julai 1992
20 MARPOL 73/78, Annex IV: Regulations for the Prevention of Pollution by Sewage from Ships 27 September 2003
21 MARPOL 73/78, Annex VI: Regulations for the Prevention of Air Pollution from Ships. 19 Mei 2005
22 International Convention on the Control Harmful Anti-fouling Systems on Ship 17 September 2008
23 The Control and Management of Ship’s Ballast Water 2004 (Yet to Enter Into Force)
24 Convention Load Lines 1966 as amended by the Protocol of 1988 3 Februari 2000
25 Convention for the Safety of Life at Sea 1974 as amended by the Protocol of 1988 3 Februari 2000
Skip navigation links
Sektor Udara
Sektor Darat
Sektor Maritim