Sektor Darat 
Jabatan
Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) telah ditubuhkan pada 15 September 2004. Antara peranan utama JKJR adalah untuk bertindak sebagai One Stop Agency bagi menjalankan semua aktiviti yang merangkumi aspek pendidikan, penguatkuasaan, kejuruteraan dan persekitaran keselamatan jalan raya. Antara matlamat utama JKJR adalah untuk mengurangkan kadar kemalangan, kecederaan dan kematian ke tahap minima setanding dengan negara-negara maju melalui penyelarasan dan pengurusan program-program keselamatan jalan raya di semua peringkat iaitu kebangsaaan dan negeri.
Pada 1 April 1946, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah ditubuhkan yang bertujuan menyelaras segala aspek berkaitan pengangkutan bagi seluruh negeri. JPJ merupakan salah satu dari jabatan di bawah Bahagian Darat, Kementerian Pengangkutan Malaysia. Bertanggungjawab dalam menyediakan perkhidmatan kaunter untuk pelesenan kenderaan dan pemandu serta menguatkuasakan Akta Pengangkutan Jalan 1987 untuk memastikan pemandu yang berhemah dan kenderaan yang selamat. Selain itu , ia juga merupakan organisasi yang menyediakan perkhidmatan yang berkualiti tinggi, menguruskan pungutan hasil serta menguatkuasakan akta pengangkutan secara telus dan berkesan.
Badan-badan Berkanun
Perbadanan Aset Keretapi (PAK) merupakan sebuah Badan Berkanun Persekutuan yang ditubuhkan di bawah Akta Keretapi 1991 (Akta 463), berkuatkuasa pada 1hb. Ogos 1992 dan diselia oleh Kementerian Pengangkutan Malaysia. Antara tugas utama PAK adalah mengurus aset dan tanggungan liabiliti Pentadbiran Keretapi Tanah Melayu (KTM) sebelum 1hb. Ogos 1992 supaya syarikat pengganti iaitu Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) bebas daripada tanggungan hutang dan kos-kos bukan operasi yang membebankan. Disamping itu, PAK turut melaksanakan tanggungjawab memajukan semula infrastruktur keretapi supaya syarikat KTMB dapat memberikan tumpuan.
Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) telah ditubuhkan pada 3 Januari 2007 dengan bertindak sebagai one-stop centre untuk menjana dan menyebar maklumat yang berkaitan dengan keselamatan jalan raya melalui media cetak dan program latihan yang bersepadu. Disamping itu, MIROS juga menjalankan kajian dan menilai peraturan-peraturan sedia ada dalam aspek keselamatan jalan raya.
Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTM)
Puspakom
AKADEMI JABATAN PENGANGKUTAN JALAN MELAKA FASA II
TERMINAL BERSEPADU SELATAN (TBS), BANDAR TASIK SELATAN
KOMPLEKS BANGUNAN PEJABAT DAN KUARTERS JABATAN PENGANGKUTAN JALAN (JPJ) ALOR SETAR, KEDAH
LANDASAN KERETAPI BERKEMBAR ELEKTRIK DI ANTARA SENTUL DAN BATU CAVES

PEMBINAAN WORKSHOP DAN PUSAT LATIHAN KTMB DI BATU GAJAH

PERJANJIAN PENGANGKUTAN DARAT
Kementerian Pengangkutan Malaysia terlibat dengan pelbagai program hubungan kerjasama dua hala (bilateral) antara pertubuhan, organisasi dan negara – negara lain di peringkat antarabangsa yang berkaitan dengan sektor pengangkutan darat. Antara tujuan utama program-program ini dilaksanakan adalah seperti berikut :
i)   menyelaras, memantau serta mengurus industri pengangkutan darat secara cekap dan berkesan di rantau Asia      Tenggara;

ii)  mengadakan forum dan perundingan secara bersama di peringkat antarabangsa;

iii)  menyelaras pengangkutan transit serta memudahkan prosedur dan urusan perdagangan;

iv)  mengemas kini undang-undang serta peraturan-peraturan yang berkaitan dengan pengangkutan darat;

v)   mengadakan dasar pembangunan infrastruktur serta mengadaptasi amalan yang diguna pakai diperingkat       antarabangsa; dan

vi)  meningkatkan kecekapan dalam aspek perdagangan dan industri pengangkutan antarabangsa.

Kerjasama Peringkat ASEAN

Antara perjanjian-perjanjian yang telah dimeterai / ditandatangani melalui kerjasama antara negara-negara ASEAN adalah seperti berikut:

PERJANJIAN / PROTOKOL TARIKH DITANDATANGANI
a) ASEAN Framework Agreement on the Facilitation of Goods in Transit (AFAFGIT) 16 Disember 1998
    Protokol 1 Designation of Transit Transport Routes and Facilities 8 Februari 2007
    Protokol 2 Designation of Frontier Posts Peringkat perundingan
    Protokol 3 Types and Quantity of Road Vehicles 15 September 1999
    Protokol 4 Technical Requirements of Vehicles 15 September 1999
    Protokol 5 ASEAN Scheme of Compulsory Motor Vehicle Third-Party Liability Insurance 8 April 2001
    Protokol 6 Railways Border and Interchange Stations Peringkat perundingan
    Protokol 7 Customs Transit System Peringkat perundingan
    Protokol 8 Sanitary and Phytosanitary Measures 27 Oktober 2000
    Protokol 9 Dangerous Goods 20 September 2002
b) ASEAN Framework Agreement on the Facilitation of Inter-State Transport 
    (AFAFIST)
10 Disember 2009
c) ASEAN Framework Agreement on Multimodal Transport (AFAMT) 17 November 2005
d) MoU Between The Government of Brunei Darussalam, Indonesia, Malaysia and     The Phillipines on Cross-Border Movement of Commercial Buses and Coache 2 November 2007
e) MoU Between The Government of Brunei Darussalam, Indonesia, Malaysia and     The Phillipines on Transit and Inter-State Transport of Goods 25 Jun 2009
Skip navigation links
Sektor Udara
Sektor Darat
Sektor Maritim