Sektor Udara 
Jabatan Penerbangan Awam (DCA) adalah sebuah jabatan daripada Kementerian Pengangkutan Malaysia yang mengurus hal ehwal industri penerbangan awam Negara khususnya standard dan keselamatan penerbangan.
Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) adalah syarikat berkaitan kerajaan yang mengurus dan menyelia lapangan-lapangan terbang di Malaysia.
Senai Airport Terminal Services (SATS) merupakan sebuah syarikat milik swasta yang mengurus dan menyelia Lapangan Terbang Antarabangsa Senai di Malaysia.
Malaysia Airlines System (MAS) merupakan sebuah syarikat penerbangan berjadual negara.
Firefly adalah syarikat penerbangan berjadual dan adalah sebuah subsidiari MAS.
MAS Wings adalah syarikat penerbangan subsidiari MAS yang menyediakan perkhidmatan penerbangan di kawasan luar bandar Sabah dan Sarawak.
AirAsia merupakan syarikat penerbangan jarak sederhana.
AirAsia X merupakan syarikat penerbangan jarak jauh.
Transmile Air merupakan syarikat penerbangan berjadual yang mengendalikan penerbangan kargo.
Berjaya Air merupakan sebuah syarikat penerbangan berjadual.
MASKargo merupakan syarikat subsidiari MAS yang mengendalikan penerbangan berjadual kargo.
MENAIKTARAF LAPANGAN TERBANG SIBU
PEMBANGUNAN LAPANGAN TERBANG BARU BINTULU
PENINGKATAN LAPANGAN TERBANG KOTA KINABALU (PAKEJ 1 - BANGUNAN TERMINAL)
PERJANJIAN PERKHIDMATAN UDARA DUA HALA
Perjanjian Perkhidmatan Udara Dua Hala (ASA) adalah dokumen asas yang sering digunakan oleh sesebuah negara dalam mengawal selia perkhidmatan penerbangan antarabangsa negara tersebut. Walau bagaimanapun, kebanyakan ASA hanya mengawal selia perkhidmatan penerbangan antarabangsa berjadual sahaja.

Tujuan pewujudan ASA adalah bagi mewujudkan persefahaman dan perjanjian antara kerajaan-kerajaan berhubung perkhidmatan penerbangan antarabangsa antara kedua-dua buah negara.

Perkhidmatan penerbangan awam antarabangsa telah berevolusi selama beberapa dekad. Walaupun perkhidmatan terbang antarabangsa pertama kali mula berkembang pada tahun 1920, beberapa perjanjian dua hala antara kerajaan yang dibuat di awal tersebut tidak berkuatkuasa sehingga hari ini ekoran penamatan penerbangan komersil sepanjang tahun 1939-1945 ekoran Perang Dunia Ke-2.

Kebanyakan ASA yang ada pada hari ini merupakan dokumen yang berlandaskan kepada Persidangan di Chicago pada tahun 1944 yang mengawal selia perjanjian-perjanjian dua hala berhubung pengangkutan udara antarabangsa yang berlandaskan kepada prinsip kedaulatan wilayah-wilayah, kesepakatan mengenai keperluan untuk izin khas atau kebenaran lain untuk menjalankan perkhidmatan penerbangan berjadual ke dalam wilayah suatu Negara.

SENARAI PERJANJIAN UDARA YANG DIMETERAI:

Bil Negara Tarikh Perjanjian

01

Argentina 23 Ogos 1996
02 Australia 4 Oktober 1972
03 Austria 22 November 1976
04 Algeria 13 Ogos 2009
05 Bahrain 17 Oktober 1994
06 Bangladesh 11 April 1979
07 Belgium 26 Februari 1974
08 Brazil 18 Disember 1995
09 Brunei Darussalam 14 Februari 1992
10 Bulgaria 23 Februari 1984
11 Bosnia 28 Januari 2009
12 Cambodia 3 Mac 1992
13 Canada 18 Januari 1996
14 Chile 14 Mei 2009
15 Croatia 28 Mac 1996
16 Chechoslavakia 10 Januari 1973
17 Denmark 19 Oktober 1967; Perjanjian baru pada 25 November 1997
18 Ecuador Agreed Minutes ditandatangani pada 8 Julai 2012
19 Egypt 14 April 1997
20 Fiji 26 November 1990
21 Finland 5 November 1997
22 France 22 Mei 1967
23 Germany 23 Julai 1968
24 Holland 7 April 1964
25 Hong Kong 4 Mac 1991
26 Hungary 19 Februari 1993
27 Iceland 3 September 2007
28 India 9 Jun 1967
29 Indonesia 6 Mei 1968
30 Iran 14 Jun 1983
31 Iraq 7 Julai 1976
32 Ireland 17 Februari 1992
33 Italy 23 Mac 1995
34 Japan 11 Februari 1965
35 Jordan 25 Jun 1977
36 Kazakhstan 18 Julai 1996
37 Kenya 10 Ogos 2007
38 Kuwait 30 Ogos 2005
39 Laos 8 Ogos 1992
40 Lebanon 13 Mei 1974; Perjanjian baru pada 11 Julai 2002
41 Luxembourg 19 Januari 1979
42 Maldives 16 September 1994
43 Macau 31 Oktober 1995
44 Madagascar 1 Oktober 1997
45 Malta 12 Oktober 1993
46 Mauritius 13 April 1988
47 Mexico 16 Julai 1992
48 Mongolia 9 September 1997
49 Morocco 13 November 2001
50 Myanmar 12 Ogos 1976
51 Namibia 18 Mei 1994
52 Nepal 12 Disember 2007
53 New Zealand 16 Jun 1998
54 Nigeria 24 Oktober 1990
55 North Korea 15 Februari 1982
56 Norway 19 Oktober 1967; Perjanjian baru pada 25 November 1997
57 Oman 19 April 1993
58 Pakistan 6 Julai 1973
59 Papua New Guinea 23 Julai 2009
60 People's Republic of China 31 Mac 1973
61 Peru 13 Oktober 1995
62 Philippines 12 Ogos 1976
63 Poland 24 Mac 1975
64 Portugal 19 Mei 1998
65 Qatar 14 Mei 2001
66 Republic of Kyrghyz 17 November 2000
67 Republic of Hellenic (Greece) 3 Mac 2008
68 Romania 26 November 1982
69 Russia 27 November 1969; Perjanjian baru pada 16 Januari 2001
70 South Africa 5 Januari 1993
71 Saudi Arabia 21 Mei 1974
72 South Korea 2 Mac 1967
73 Spain 23 Mac 1993
74 Singapore 28 Ogos 1972
75 Seychelles 20 Disember 1989
76 Slovenia 28 Oktober 1997
77 Sri Lanka 7 September 1969
78 Sweden Perjanjian baru pada 25 November 1997
79 Switzerland 6 September 1968
80 Syria 7 Januari 2009
81 Taiwan 6 Mei 1977
82 Thailand 17 Oktober 1966
83 Tunisia 9 Mac 2010
84 Turkey 13 Mei 1983
85 Ukraine 27 Ogos 2004
86 United Arab Emirates (UAE) 4 Mei 1993
87 United Kingdom 24 Mei 1973; Perjanjian baru pada 18 Januari 2006
88 United States Of America 21 Jun 1997
89 Uzbekistan 3 Oktober 2008
90 Venezuela Minit persetujuan pada 16 Julai 1993
91 Vietnam 15 Oktober 1978
92 Yemen 6 September 2001
93 Yugoslavia 20 Jun 1987
94 Zimbabwe 28 April 1994
95 Zambia 16 Julai 2009
96 Libya Minit persetujuan pada 5 Disember 2009
97 Turkmenistan Minit persetujuan pada 6 Januari 2010
98 Bostwana Minit persetujuan pada 18 Oktober 2011
99 Ethiopia Minit persetujuan pada 21 April 2011
100 Macedonia Minit persetujuan pada 19 Oktober 2011
KONVENSYEN ANTARABANGSA
Sebagai sebuah Negara yang menganggotai Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (International Civil Aviation Organization - ICAO), Malaysia telah meratifikasi beberapa Konvensyen Antarabangsa seperti berikut:

Bil Konvensyen Tahun
01 Convention for the Unification of Certain Rules Relating to International Carriage by Air 1929
02 Convention on International Civil Aviation 1944
03 Convention on the Privileges and Immunities of the Specialized Agencies 1947
04 Convention on Offences and Certain Other Acts Committed on Board Aircraft 1963
05 Convention for the Suppression of Unlawful Seizure of Aircraft (Hague Convention 1970) 1970
06 Convention for the Suppression of Unlawful Acts against the Safety of Civil Aviation (Montreal Convention 1971) 1971
07 Convention on International Interests in Mobile Equipment 2001
Skip navigation links
Sektor Udara
Sektor Darat
Sektor Maritim