Bahagian Perancangan & Penyelidikan
|
| Encik Mustapha Bin Zainuddin |
| Diploma Lanjutan Pentadbiran Perniagaan (Pengangkutan),Sarjana Sains (Pengangkutan) |
- Setiausaha Bahagian, Perancangan dan Penyelidikan, Kementerian Pengangkutan Malaysia (November 2008 -sekarang)
- Ketua Penolong Setiausaha, Unit Keselamatan Pelayaran, Bahagian Maritim, Kementerian Pengangkutan Malaysia (Januari 2006 – Oktober 2008)
- Ketua Penolong Setiausaha, Unit Kerjasama Antarabangsa, Bahagian Korporat dan Antarabangsa, Kementerian Pengangkutan Malaysia (Mei 2001 – Disember 2005)
- Penolong Setiausaha, Unit ASEAN/Projek Pembangunan, Kementerian Pengangkutan Malaysia (September 1994 – April 2001)
- Timbalan Pengarah, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Cawangan Sarawak (Disember 1992 – Ogos 1994)
- Penolong Pengarah, Unit Kenaikan Pangkat, Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (Ogos 1989 – November 1992)
- Penolong Pengarah, Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia, Cawangan Sarawak (April 1983 – Julai 1989)
|
Bahagian Perancangan dan Penyelidikan telah ditubuhkan hasil daripada penstrukturan semula Kementerian pada Oktober 2008. Bahagian ini berperanan untuk memastikan perancangan dan penyelidikan yang berkaitan dengan pengangkutan dilaksanakan dengan berkesan selaras dengan dasar-dasar pengangkutan sedia ada. Bahagian ini dibahagikan kepada empat unit iaitu;
- Inovasi,Perancangan Strategik dan Dasar
- Pengangkutan Awam
- Logistik dan Supply Chain Management
- Data dan Perangkaan
|
- Menyelaras maklum balas mengenai isu-isu dasar dalam tempoh 8 hari bekerja.
- Menjalankan kajian berkaitan pembangunan sektor pengangkutan dalam tempoh 6 bulan hingga setahun.
- Membekalkan maklumat perangkaan yang kemaskini dalam tempoh 3 hari bekerja.
- Mengemaskini maklumat statistik di laman web Kementerian secara suku tahunan.
- Menerbitkan Buku Statistik Pengangkutan Tahunan sebelum 30 Jun setiap tahun.
- Memantau dan menyemak Pelan Strategik Kementerian Pengangkutan (2008-2015) sekali setahun
|
- Menyelaras dan memantau pelaksanaan Pelan Strategik Kementerian.
- Mengkaji keberkesanan dan menilai isu-isu logistik dan pengurusan rantaian bekalan.
- Menyelaras, mengkaji dan menganalisis isu-isu yang berkaitan dengan pengangkutan awam.
- Mengumpul, mengemaskini dan membekalkan statistik pengangkutan kepada pelanggan dan pihak berkepentingan.
|
- Menjadikan dasar pengangkutan negara sebagai satu dasar yang bersifat strategik, bersepadu dan praktikal;
- Memastikan sistem pengangkutan awam yang berteknologi tinggi, moden dan cekap;
- Menyokong pertumbuhan ekonomi negara melalui usaha penambahbaikan dan peningkatan kualiti dari aspek logistik dan pengurusan rantaian penawaran;
- Memperkasa dan memastikan statistik pengangkutan sentiasa tepat dan terkini.
|
|
|