|
|
|
|
|
|
Bahagian Akaun
|
| Tuan Haji Othman Bin Jantan |
| Ijazah Sarjana Muda Perakaunan (Universiti Kebangsaan Malaysia) |
- Ketua Akauntan, Kementerian Pengangkutan Malaysia, Putrajaya (Mei 2011 - Sekarang)
- Ketua Akauntan, Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Putrajaya (Mei 2007 - April 2011)
- Timbalan Pengarah, Jabatan Akauntan Negara Malaysia, Putrajayar (Mei 2005 - April 2007)
- Pengarah Bahagian Kewangan, Jabatan Insolvensi Malaysia, JPM Putrajaya (Jun 2004 – Mei 2005)
- Penolong Pengarah, Jabatan Akauntan Negara Malaysia, Kuala Lumpur (April 2001 – Jun 2004)
- Bendahari Negeri di Perbendaharaan Negeri Selangor (Sept 1989 – Mac 2001)
- Akauntan Kanan Perbendaharaan di Jabatan Akauntan Negara Malaysia, Kuala Lumpur (Jan 1988 – Ogos 1989)
- Akauntan Perbendaharaan di Jabatan Bekalan Air Terengganu, Kuala Terengganu (Jun 1984 – Dis 1987)
- Akauntan Perbendaharaan di Jabatan Telekom Kawasan Timur, Kuala Terengganu (Mei 1983 – Mei 1984)
|
| Bermula pada September 2006, Bahagian Akaun telah berfungsi sepenuhnya sebagai Jabatan Mengakaun Sendiri (JMS) yang telah dipertanggungjawabkan selaras dengan Arahan Perbendaharaan 139. Bagi memastikan Bahagian Akaun melaksanakan tanggungjawabnya dengan cekap dan efektif, terdapat 4 fungsi utama yang merangkumi fungsi Pengurusan Bayaran, Akaun, Gaji, Perundingan dan 2 fungsi am yang merangkumi fungsi Teknologi Maklumat dan Pentadbiran. |
- Mengeluarkan cek/eft dalam tempoh 5 hari daripada tarikh terima baucer bayaran dan dokumen sokongan yang sempurna.
- Pembayaran gaji bulanan anggota kerajaan persekutuan dibuat pada tarikh yang ditetapkan oleh kerajaan dan tidak lewat daripada 25 haribulan.
- Mengakaunkan terimaan dan mengeluarkan resit rasmi dalam tempoh 5 hari daripada tarikh terima penyata pemungut yang sempurna.
- Mengeluarkan laporan perakaunan bulanan untuk diambil oleh jabatan tidak lewat daripada 10 haribulan berikutnya.
- Menghantar maklumat dan cek potongan gaji kepada agensi berkenaan dalam bulan yang sama.
- Menyediakan laporan audit tunai di dalam tempoh 5 hari bekerja selepas audit tunai selesai.
- Memberi maklumbalas kepada surat teguran juruaudit negara dalam masa 5 hari daripada tarikh terima.
- Memberikan khidmat nasihat perakaunan dan kewangan kepada jabatan dalam tempoh 5 hari daripada tarikh permohonan diterima.
- Memberikan maklumbalas kepada aduan pelanggan dalam tempoh 3 hari bekerja.
|
I. CAWANGAN PENGURUSAN
- Seksyen Pentadbiran dan Kewangan
| i) |
Melaksanakan urusan pentadbiran dan perkhidmatan Bahagian. |
| ii) |
Mengawalselia pengurusan aset dan stor Bahagian. |
| iii) |
Menyediakan anggaran perbelanjaan tahunan Bahagian. |
| iv) |
Mengurus dan mengawal prestasi perbelanjaan Bahagian. |
- Seksyen Perundingan
| i) |
Merancang dan melaksana program latihan perakaunan untuk memperkasa kemahiran anggota perkhidmatan perakaunan di Bahagian dan Jabatan di bawah Kementerian. |
| ii) |
Merancang dan menyelaras pelaksanaan sistem eSPKB, eTerimaan dan lain-lain sistem. |
| iii) |
Menjalankan naziran ke atas Jabatan yang telah melaksanakan sistem eSPKB dan eTerimaan. |
| iv) |
Menjalankan auditan ke atas Pejabat Pemungut bagi memastikan pematuhan kepada peraturan-peraturan kewangan yang berkuatkuasa. |
| v) |
Memberi khidmat nasihat berkaitan sistem perakaunan dan mengemukakan cadangan penambahbaikan. |
| vi) |
Menyedia dan menguruskan laporan pengurusan Bahagian. | |
II. CAWANGAN OPERASI
- Pengurusan Bayaran
| i) |
Memproses baucar bayaran sama ada pembayaran melalui cek atau Electronic Fund Transfer (EFT). |
| ii) |
Menguruskan bayaran pukal kepada agensi. |
| iii) |
Menguruskan permohonan kelulusan pembayaran dibawah AP58(a). |
- Pengurusan Akaun
| i) |
Menyediakan Penyata Kewangan Tahunan Kementerian Pengangkutan Malaysia. |
| ii) |
Menguruskan dokumen sokongan untuk penutupan akaun tahunan. |
| iv) |
Menguruskan kod-kod perakaunan. |
| iii) |
Membuat penutupan akaun mingguan, bulanan dan tahunan. |
| v) |
Menguruskan pengendalian dan perakaunan terimaan. |
| vi) |
Menguruskan permohonan penggantian cek / EFT yang dibatalkan/ditolak. |
| vii) |
Menguruskan pengendalian Akaun Panjar. |
| viii) |
Mengawalselia dan memberi nasihat dalam penyelanggaraan Akaun Amanah dan Deposit. |
| ix) |
Menguruskan dana secara optimum bagi pejabat pembayar Kementerian Pengangkutan Malaysia. |
| x) |
Menguruskan akaun subsidiari termasuk pinjaman kenderaan dan pinjaman komputer. |
- Pengurusan Gaji
| i) |
Memproses pembayaran gaji dalam tempoh yang ditetapkan. |
| ii) |
Menyediakan penyata pendapatan (Borang EA) untuk tujuan taksiran cukai Lembaga Hasil dalam Negeri (LHDN). |
- Pengurusan Teknologi Maklumat
| i) |
Memantau dan menyelenggara pangkalan data bagi keseluruhan sistem. |
| ii) |
Membangun dan menyelenggara sistem legasi JMS. |
| iii) |
Menjalankan operasi backup, restore dan housekeeping. |
| iv) |
Mengurus dan mentadbir sistem aplikasi. |
| v) |
Menyelenggara perisian dan hardware computer. |
|
- Mempastikan pelaksanaan pengurusan perakaunan Kementerian Pengangkutan Malaysia dengan cekap, berkesan dan bertanggungjawab.
- Menjalankan penyeliaan ke atas penerimaan hasil atau amanah Persekutuan dan mengmbil langkah-langkah bagi memastikan bahawa hasil atau amanah itu dipungut tepat pada waktunya.
- Mempastikan hanya perbelanjaan yang dibenarkan dipertanggungkan dalam akaun dengan sewajarnya.
- Melaporkan kepada Pegawai Pengawal apa-apa luar aturan yang matan berhubung dengan akaun awam yang dibawa kepada perhatiannya.
|
|
|
|
|
|