|
|
|
|
|
|
Kementerian Pengangkutan
| Visi |
| Menjadi peneraju sistem pengangkutan yang bertaraf dunia. |
| Misi |
| Memastikan sistem pengangkutan pelbagai mod yang cekap, bersepadu, selamat, mampan dan mesra pengguna. |
| Moto |
| Pengangkutan mampan nadi transformasi negara. |
| Fungsi |
- Merancang, menggubal dan melaksanakan dasar pengangkutan bagi rel, maritim, pelabuhan dan penerbangan awam.
- Melaksanakan projek infrastruktur rel,maritim, pelabuhan dan penerbangan awam.
- Menyelaras integrasi antara mod pengangkutan untuk mencapai seamless travel.
- Menyediakan perkhidmatan pelesenan:
| a. |
Lesen/ permit operasi service provider dan pemegang konsesi (kecuali kenderaan perdagangan jalan). |
| b. |
Lesen individu - pemandu kenderaan persendirian/ perdagangan, juruterbang, jurumudi, malim dan lain-lain. |
| c. |
Lesen perkapalan domestik. |
- Pendaftaran semua mod kenderaan.
- Menentukan pricing policy (kecuali kenderaan perdagangan jalan).
- Mengawal selia dasar dan operasi pemegang konsesi/ syarikat kerajaan.
- Menentu/ mengawal selia piawaian perkhidmatan, keselamatan (service and safety standards) dan perundangan.
- Melaksanakan program kerjasama serantau dan antarabangsa dalam bidang pengangkutan.
|
| Objektif |
- Penyediaan rangkaian prasarana pengangkutan bersepadu berasaskan supply driven.
- Penyediaan sistem pengangkutan berteknologi tinggi, moden dan cekap.
- Penyediaan perkhidmatan pengangkutan awam dan barangan yang seamless, cemerlang dan selamat.
- Penyediaan persekitaran industri pengangkutan yang berdaya saing.
- Penyediaan penguatkuasaan dan pengawalseliaan yang berkesan dan berintegriti.
|
|
|
|
|
|