| Salam Sejahtera,
Terlebih dahulu saya mengucapkan selamat datang dan selamat melayari laman web Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) untuk mendapatkan maklumat-maklumat penting mengenai kementerian dan jabatan-jabatan serta agensi di bawahnya.
Saya yakin dengan adanya laman web ini, orang ramai akan dapat mengenali lebih dekat akan organisasi, visi, misi, objektif dan fungsi MOT secara lebih khusus, terutamanya bagi mereka yang tinggal di luar kawasan Putrajaya dan Lembah Kelang.
Secara umumnya, Kementerian Pengangkutan Malaysia adalah bertanggungjawab di dalam merancang dan melaksanakan dasar, strategi dan program sektor pengangkutan awam yang meliputi pengangkutan darat, maritim dan udara.
Adalah menjadi matlamat bagi saya dan seluruh warga kementerian agar semua aktiviti yang dilakukan secara berterusan ini dapat meningkatkan tahap kualiti perkhidmatan ke arah menyediakan sistem pengangkutan yang cekap, selamat dan berkesan ke arah memantapkan multimodalism serta meningkatkan daya saing negara.
Justeru itu, kelahiran laman web ini merupakan wadah dalam usaha menyediakan maklumat-maklumat terkini mengenai Kementerian Pengangkutan dan jabatan-jabatan dibawahnya serta menyenaraikan perkhidmatan yang disediakan di samping memberi peluang kepada para pengguna bagi mengemukakan cadangan-cadangan konstruktif melalui e-mel.
Akhir kata, adalah menjadi harapan saya agar laman web ini dapat memberikan manfaat yang sebaiknya kepada semua lapisan rakyat Malaysia.
Y.B. Dato' Seri Kong Cho Ha Menteri Pengangkutan Malaysia |