Carian:
FAQ Hubungi Kami Aduan & Maklum Balas Peta Laman
  
  
  
  
Soalan
  
  
LisanMesyuarat Kedua16/07/2019

Minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan adakah Kerajaan bercadang untuk nyahrahsia (declassify) laporan tragedi “Double Six” yang berlaku pada 6 Jun 1976 yang mana sebelas nyawa terkorban, termasuklah Ketua Menteri Sabah pada masa itu, memandangkan lebih daripada 43 tahun sudah berlalu dan tiada perlunya laporan tersebut terus dirahsiakan.

Papar Jawapan
  
LisanMesyuarat Kedua16/07/2019

Minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan status terkini pembinaan ECRL dan sejauh mana pengurangan skop dan kos pembinaan akan mempengaruhi proses penyiapan projek tersebut.

Papar Jawapan
  
LisanMesyuarat Kedua16/07/2019

Minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan apakah pendirian Kementerian dalam menggalakkan penggunaan basikal atau motosikal yang menggunakan kuasa elektrik atau bateri seperti yang diamalkan di negara luar seperti China.

Papar Jawapan
  
LisanMesyuarat Kedua16/07/2019

​Minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan adakah Kerajaan telah memuktamadkan pelaksanaan pembinaan Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL), terutamanya dari segi kos keseluruhan dan jajaran pembinaan.

Papar Jawapan
  
LisanMesyuarat Kedua16/07/2019

​Minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan apakah langkah yang diambil untuk memastikan keselamatan pemandu dan penumpang Grab.

Papar Jawapan
  
LisanMesyuarat Kedua16/07/2019

​Minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan impak terhadap penambahan laluan penerbangan bagi Kuala Lumpur ke Sarawak terutamanya Kuala Lumpur-Sibu dan Johor-Sibu pada musim perayaan Gawai dan Raya baru-baru ini berbanding dengan impak terhadap penambahan laluan penerbangan bagi laluan yang sama pada masa perayaan Tahun Baru Cina 2019 dan apakah rancangan Kerajaan untuk memastikan harga tiket penerbangan domestik juga lebih rendah/mampu dibeli oleh mereka yang ingin balik ke kampung pada musim-musim perayaan.

Papar Jawapan
  
LisanMesyuarat Kedua16/07/2019

​Minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan langkah keselamatan terhadap pemandu dan pengguna e-hailing susulan kes samun dan bunuh penghujung Mei yang lalu.

Papar Jawapan
  
LisanMesyuarat Kedua16/07/2019

Minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan langkah yang diambil bagi menyelesaikan masalah penduduk yang sering menjadi mangsa banjir kilat setiap kali hujan lebat di laluan Guar Stesen, Gurun, Kedah setelah siapnya Projek Landasan Berkembar Elektrik Ipoh-Padang Besar.

Papar Jawapan
  
LisanMesyuarat Kedua16/07/2019

​Minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan bilakah kerja-kerja pembinaan tempat letak kereta di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang dijangka siap dibina.

Papar Jawapan
  
LisanMesyuarat Kedua16/07/2019
Minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan apakah tindakan Kementerian terhadap penggunaan kereta skrap daripada Singapura dan bagaimana cara untuk mengatasinya. Adakah Kementerian telah mempunyai garis panduan untuk penguatkuasaan dilaksanakan.
Papar Jawapan
  
LisanMesyuarat Kedua16/07/2019

​Minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan langkah strategik berhadapan cabaran "crowding-out effect" syarikat-syarikat penerbangan gergasi terhadap syarikat-syarikat kecil disebabkan perlaksanaan ASEAN Single Aviation Market kelak.

Papar Jawapan
  
LisanMesyuarat Kedua16/07/2019

​Minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan apakah Kerajaan berhasrat untuk membesarkan atau memindahkan Lapangan Terbang Kota Kinabalu ke satu tempat yang sesuai memandangkan lapangan terbang ini telah “overcapacity”.

Papar Jawapan
  
LisanMesyuarat Kedua16/07/2019
Minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan dapatkah Kementerian menyediakan kemudahan untuk melaksanakan imbasan “vehicle entry permit” kenderaan-kenderaan di sempadan Malaysia-Brunei secara percuma untuk mempercepatkan dan memudahkan “clearance” kenderaan-kenderaan di sempadan.


Papar Jawapan
  
LisanMesyuarat Kedua16/07/2019

​Minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan tarikh permulaan serta tarikh siap dijangka untuk projek pemanjangan landasan Lapangan Terbang Sandakan.

Papar Jawapan
  
LisanMesyuarat Kedua10/07/2019
Minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan apakah perancangan Kerajaan untuk memastikan Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL)
memberi manfaat kepada tenaga buruh tempatan dan berapakah kuota diberikan kepada kontraktor Bumiputera dalam kerja awam projek mega ini.


Papar Jawapan
  
LisanMesyuarat Kedua10/07/2019
Minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan apakah tindakan penguatkuasaan yang dijalankan oleh pihak Kementerian untuk
memastikan lori-lori muatan berat ini mematuhi had barangan yang dibawa dan tidak membahayakan pengguna jalan raya yang lain.


Papar Jawapan
  
LisanMesyuarat Kedua10/07/2019

Minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan :-

(a) apakah jumlah keseluruhan pemandu e-hailing terkini sehingga Jun 2019 dan berapa ramai jumlah pemandu ehailing yang sudah lulus Lesen (PSV-Teksi/E-hailing); dan 

(b) apakah usaha Kementerian untuk menggalakkan lagi para pemandu e-hailing supaya mereka membuat caruman Kumpulan Simpanan Wang Pekerja (KWSP) dan PERKESO agar diri mereka dan keluarga sentiasa dilindungi dibawah skim perlindungan keselamatan sosial ini.

Papar Jawapan
  
LisanMesyuarat Kedua10/07/2019
Minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan rasional menaikkan harga nombor pendaftaran kenderaan bagi nombor kenderaan semasa dan nombor popular (baki tender) yang telah berkuatkuasa pada hujung Mei baru-baru ini.
Papar Jawapan
  
LisanMesyuarat Kedua10/07/2019

Minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan langkah – langkah penyelesaian kepada keperluan pelanggan PUSPAKOM dalam pemeriksaan kenderaan perdagangan yang melibatkan bandar kecil seperti Dungun, Kijal dan lain – lain bandar seluruh negara.

Papar Jawapan
  
LisanMesyuarat Kedua10/07/2019

​Minta MENTERI PENGANGKUTAN menyemak semula jadual operasi sistem pengangkutan ETS di Sungai Siput (U).

Papar Jawapan
  
LisanMesyuarat Kedua10/07/2019

Minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan sama ada Kementerian ada membuat perbincangaan dengan syarikat-syarikat Penerbangan seperti MAS, Malindo dan AirAsia supaya menurunkan tambang kapal di musim-musim perayaan, ke Sarawak dan Sabah dan balik ke destinasi asal, kalau tidak mengapa?.

Papar Jawapan
  
LisanMesyuarat Kedua10/07/2019

​Minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan kajian bersama pihak penguatkuasa terlibat (JPJ dan PDRM) dalam berkaitan cermin gelap kenderaan persendirian dan apakah kesepakatan yang telah dicapai oleh kedua pihak.

Papar Jawapan
  
LisanMesyuarat Kedua10/07/2019

​Minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan bilakah kerja-kerja pembaikan landasan kereta api di Pantai Timur iaitu dari Gemas ke Mentakab, Jerantut ke Gua Musang dan Gua Musang ke Tumpat dijadualkan siap.

Papar Jawapan
  
LisanMesyuarat Kedua10/07/2019

Minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan adakah benar cadangan Kerajaan untuk membatalkan Stesen ECRL Telaga Papan Setiu dan kalau ianya benar apakah justifikasi pembatalan tersebut dan adakah Kerajaan bercadang untuk mengkaji balik cadangan pembatalan tersebut.

Papar Jawapan
  
LisanMesyuarat Kedua10/07/2019
Minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan perkembangan terkini projek naik taraf Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra Pengkalan Chepa :- 

a) bilakah tarikh dijangka siap dan boleh digunakan sepenuhnya; dan 

b) berapakah pertambahan kapasiti penumpang dan kapasiti jumlah pesawat yang boleh mendarat pada satu masa setelah siap nanti.


Papar Jawapan
  
LisanMesyuarat Kedua10/07/2019

​Minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan apakah perkembangan terkini berhubung perkhidmatan keretapi Shuttle Tebrau antara JB Sentral dan Woodlands Singapura, bagaimana tren pertumbuhan bilangan penumpang dan apakah usaha Kerajaan untuk berunding dengan Singapura yang dilihat tidak ingin bekerjasama dengan kita dalam menambahkan kekerapan perkhidmatan tersebut demi memenuhi keperluan rakyat setempat.

Papar Jawapan
  
LisanMesyuarat Kedua10/07/2019

​Minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan mengapakah wujudnya perbezaan kaedah pendaftaran lesen PSV sama ada dalam talian (online) mahupun luar talian (offline) sehingga Kerajaan memberi kelonggaran kepada pemandu e-hailing untuk membuat pendaftaran dalam talian (online).

Papar Jawapan
  
LisanMesyuarat Kedua10/07/2019

Minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan agar dapat memberikan permit tambahan untuk kebenaran pengoperasian kepada teksi-teksi bandar berpermit di Sabah agar boleh menyediakan penyewaan penumpang keluar daerah demi kesinambungan pencarian nafkah kehidupan disebabkan saingan kuat dan sengit dari operator-operator pengangkutan e-hailing yang bebas beroperasi tanpa sekatan seperti Grab.

Papar Jawapan
  
LisanMesyuarat Kedua10/07/2019

​Minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan kos membiayai program SBST MyBas Seremban sejak tahun 2015 dan berapakah penumpang (ridership) setiap tahun untuk 2016, 2017 dan 2018. Apakah Kerajaan bersedia menyusun semula laluan perkhidmatan MyBas supaya dapat merangkumi kawasan perumahan yang berpenduduk padat agar perkhidmatan yang ditawarkan kepada orang ramai lebih menyeluruh.

Papar Jawapan
  
LisanMesyuarat Kedua10/07/2019
Minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan:- 

(a) apakah komponen projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang tidak lagi dilaksanakan selepas kos terdahulu RM65.5 bilion
dikurangkan kepada RM44 bilion. Bukankah ini satu pengecilan skop (downsizing) yang pasti akan mengurangkan kos pembinaan
dan ianya bukan penjimatan berdasarkan skop asal; dan

(b) kenapa Kerajaan tidak mengguna pakai cadangan Setiausaha Politik kepada Menteri Kewangan iaitu Tony Pua pada 15 November 2016 yang menganggarkan kos sebenar ECRL hanya RM29 bilion sahaja.


Papar Jawapan
  
LisanMesyuarat Kedua04/07/2019

​Minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan adakah Kerajaan bercadang untuk mengembangkan pembinaan LRT dan MRT kepada Bandaraya Kota Kinabalu, Sabah.

Papar Jawapan
  
LisanMesyuarat Kedua04/07/2019

​Minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan apakah rancangan bagi penguatkuasaan daripada pihak Kementerian terhadap kenderaan modifikasi yang tidak mengikut piawaian dan yang tidak mempunyai dokumen yang sah ketika pengubahsuaian enjin kenderaan.

Papar Jawapan
  
LisanMesyuarat Kedua04/07/2019

​Minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan sama ada Kerajaan akan menghalang motosikal berkapasiti kurang daripada 250cc menggunakan lebuh raya atau ada pelan tindakan yang lain untuk memastikan keselamatan mereka dan juga pemandu-pemandu kereta.

Papar Jawapan
  
LisanMesyuarat Kedua04/07/2019

Minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan rancangan untuk menambah baik dan menaik taraf perkhidmatan ETS khasnya bahagian utara dari Butterworth ke Kuala Lumpur dan tarikh perlaksanaan sekiranya ada.
Papar Jawapan
  
LisanMesyuarat Kedua04/07/2019

​Minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan adakah Kementerian akan membantu golongan berpendapatan rendah atau golongan B40 untuk menggalakkan mereka memasang kerusi keselamatan kanak-kanak setelah Kerajaan mewajibkan penggunaan kerusi keselamatan kanak-kanak.

Papar Jawapan
  
LisanMesyuarat Kedua04/07/2019

​Minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan adakah mempunyai cadangan untuk memastikan bas-bas ekspres berhenti agar penumpang dapat mengerjakan solat dalam perjalanan mereka.

Papar Jawapan
  
LisanMesyuarat Kedua04/07/2019

​Minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan berapa jumlah Lesen Kenderaan Pengangkutan Awam (Public Service Vehicle-PSV) yang dikeluarkan kepada pemandu-pemandu e-Hailing setakat ini dan berikan butiran mengikut negeri dan sama ada Kementerian berhasrat untuk melanjutkan tempoh untuk pendaftaran PSV untuk kenderaan e-Hailing.

Papar Jawapan
  
LisanMesyuarat Kedua04/07/2019

Minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan :- 

(a)  berapa efektif langkah penerbangan tambahan bagi menurunkan tambang udara domestik semasa musim perayaan yang diumumkan pada Ogos 2018 dengan statistik terkini; dan 

(b)  apakah pelan lain untuk terus mengurangkan tambang udara domestik yang tinggi berterusan pada musim puncak.
Papar Jawapan
  
LisanMesyuarat Kedua04/07/2019

Minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan:- 

(a) bilakah perkhidmatan tren "Diesel Multiple Units" (DMU) yang dibeli dari China dengan kos RM380 juta untuk perkhidmatan kereta api Pantai Timur (Gemas-Tumpat) dimulakan perkhidmatannya; dan 

(b) bilakah perkhidmatan kereta api ekspres dari Kuala Lumpur ke Tumpat dijangka disambung semula.
Papar Jawapan
  
LisanMesyuarat Kedua01/07/2019
Tuan Chan Ming Kai [ Alor Setar ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan berapa kes kesalahan “GUNA LKM BAGI TUJUAN LAIN”
tercatat di bawah polis trafik mengikut daerah. Apakah definasi barangan kegunaan komersil di bawah kesalahan ini yang tidak boleh diangkut oleh kenderaan biasa.


Papar Jawapan
  
LisanMesyuarat Kedua01/07/2019
Minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan adakah Keretapi Tanah Melayu Berhad akan menyambung semula operasi perkhidmatan Ekpress Wau Kuala Lumpur Tumpat.


Papar Jawapan
  
LisanMesyuarat Kedua01/07/2019

Minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan apakah inisiatif Kementerian untuk menyediakan prasarana bagi memastikan rakyat
mampu untuk mendapatkan lesen kenderaan dalam kadar yang rendah bagi lesen motorsikal dan kereta bagi golongan B40.
Papar Jawapan
  
LisanMesyuarat Kedua01/07/2019

​Minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan sama ada nombor plat “TMJ” dan “RZ” telah didaftarkan dengan pihak Jabatan Pengangkutan Jalan sebagai pendaftaran kenderaan yang sah oleh mana-mana pihak dan sekiranya ianya tidak, sama ada kenderaan-kenderaan yang mempunyai nombor plat itu dibenarkan di atas jalan raya.

Papar Jawapan
  
LisanMesyuarat Kedua01/07/2019

​Minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan apakah pihak Kementerian berhasrat untuk mengkaji semula dasar tiada diskaun saman JPJ.

Papar Jawapan
  
LisanMesyuarat Kedua01/07/2019

​Minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan adakah pihak Kementerian mempunyai garis panduan atau SOP kepada pihak JPJ, Polis dan lain–lain pihak berkuasa mengadakan sekatan jalan raya untuk mengelak daripada berlakunya sekatan di kawasan berbahaya.

Papar Jawapan
  
LisanMesyuarat Kedua01/07/2019
Minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan sama ada berhasrat meminda Seksyen 44 Akta Pengangkutan Jalan 1987 bagi kesalahan
yang menyebabkan kematian dan kecederaan kepada pemandu di bawah pengaruh alkohol supaya dikenakan hukuman yang lebih
setimpal.
Papar Jawapan
  
LisanMesyuarat Kedua01/07/2019

​Tuan Chow Kon Yeow [ Tanjong ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan status permohonan mesyuarat membabitkan tiga pihak iaitu Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Kerajaan Negeri Kedah dan Kementerian berhubung pembinaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim (KXP). Apakah perkembangan terkini membabitkan cadangan pembinaan KXP dan juga dua proposal lapangan terbang baru yang telah dibentangkan kepada Pejabat Perdana Menteri pada awal tahun ini.

Papar Jawapan
  
LisanMesyuarat Kedua01/07/2019

​Datuk Rozman bin Isli [ Labuan ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan apakah perancangan jangka masa panjang Kementerian dalam menangani krisis penumpang keluar dan masuk Labuan musim perayaan dan bilakah ramp pendaratan feri kedua di Menumbok diadakan dan digunakan sepenuhnya.

Papar Jawapan
  
LisanMesyuarat Kedua01/07/2019

​Minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan adakah Kementerian bercadang akan mengkaji semula kelulusan cermin gelap belakang kenderaan dengan Peratus Ketelusan Cahaya (VLT) sebanyak 0% yang mana ianya terlalu gelap sehinggakan kenderaan yang berada di belakang kenderaan yang mengunakan cermin gelap belakang dengan VLT 0% tidak dapat melihat kenderaan di hadapan kenderaan tersebut dan ini amat membahayakan.

Papar Jawapan
  
LisanMesyuarat Kedua01/07/2019

​Minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan langkah-langkah yang akan diambil bagi memastikan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) lebih berdaya saing dan tidak ketinggalan apabila projek-projek seperti ECRL dan HSR dilaksana pada satu masa nanti.

Papar Jawapan
  
LisanMesyuarat Kedua01/07/2019

​Minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan adakah Kerajaan akan berusaha menaik taraf 'Radio Communication' di mana 'Reception' di antara pilot dan ATC yang tidak sempurna di kawasan-kawasan tertentu.

Papar Jawapan
  
LisanMesyuarat Kedua01/07/2019

Dato' Hasbullah Bin Osman [ Gerik ] minta MENTERI  PENGANGKUTAN menyatakan apakah perancangan jangka masa pendek dan jangka masa panjang pihak Kerajaan dalam menyelesaikan masalah serta kemelut isu berkaitan dengan pemandu teksi dan pemandu Grab.

Papar Jawapan
  
LisanMesyuarat Kedua01/07/2019

YB DATO’ SRI DR. HAJI ISMAIL BIN HAJI ABD. MUTTALIB minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan apakah status perlaksanaan ECRL dan berapakah kos terkini selepas disemak semula serta berapakah jumlah pekerja tempatan dan asing yang terlibat mengikut negara.

Papar Jawapan
  
LisanMesyuarat Kedua01/07/2019

Tuan Chan Foong Hin [ Kota Kinabalu ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan tindakan-tindakan yang diambil Kerajaan bagi memastikan keselamatan pemandu kenderaan e-hailing berikutan pembunuhan pemandu Grab, Mohd Hanafiee Jaafar, di Tuaran, Sabah pada 24 Mei lalu oleh dua orang penumpang.

Papar Jawapan
  
LisanMesyuarat Kedua01/07/2019

​Minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan bilakah Kerajaan akan membatalkan pengklasifikasian dan membongkarkan laporan siasatan terhadap kemalangan nahas kapal terbang nomad Australia pada 6 Jun 1976 yang mengorbankan YAB Ketua Menteri Sabah, anaknya dan beberapa ahli kabinetnya serta yang lain supaya rakyat tahu-menahu mengenai kejadian sebenarnya.

Papar Jawapan
  
LisanMesyuarat Kedua01/07/2019

​Tuan Ahmad Marzuk bin Shaary [ Pengkalan Chepa ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan apakah sudah terdapat kajian semula terhadap jumlah harga bayaran cukai jalan yang melibatkan kenderaan bahan api diesel agar lebih seimbang dengan kedudukan semasa harga bahan api di pasaran.

Papar Jawapan
  
LisanMesyuarat Kedua01/07/2019

​Tuan Teh Kok Lim [Taiping] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan pencapaian dan sambutan orang awam terhadap usaha-usaha Kementerian dalam menambah baik perkhidmatan pengangkutan awam dan pada masa yang sama mengurangkan beban kos sara hidup rakyat.

Papar Jawapan
  
LisanMesyuarat Kedua01/07/2019

​Minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan pendirian terhadap isu persaingan antara pemandu teksi dan pemandu e-panggilan (Grab) yang semakin membimbangkan dan jaminan bagi mewujudkan persaingan adil terhadap kedua-dua kumpulan pemandu tersebut.

Papar Jawapan
  
LisanMesyuarat Kedua01/07/2019

Dr. Azman Bin Ismail [Kuala Kedah] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan sama ada Kerajaan berhasrat meneruskan perkhidmatan feri di Pulau Pinang.

Papar Jawapan

Utama | Peta Laman | W3C | Dasar Keselamatan | Dasar Privasi | Penafian | Permohonan Maklumat | FAQ

Paparan terbaik menggunakan resolusi 1280 x 1024 dan ke atas

Hakcipta Terpelihara © MOT 2016 - Kementerian Pengangkutan Malaysia

Versi 2.0

Support multi browser and device