Hello, you either have JavaScript turned off or an old version of Macromedia's Flash Player. Get the latest flash player.
| KENYATAAN AKHBAR KEMPEN BERSEPADU KESELAMATAN JALAN RAYA SEMPENA TAHUN BARU CINA TAHUN 2010 |
|
Kempen Bersepadu Keselamatan Jalan Raya Sempena Tahun Baru Cina bagi tahun 2010 telah bermula pada 21 Januari 2010 dan diteruskan semasa Ops Sikap XXI (21) dari 7 Februari hingga 21 Februari 2010. Kempen bersepadu ini melibatkan agensi-agensi Kerajaan seperti Jabatan Keselamatan Jalan Raya, Jabatan Pengangkutan Jalan, Polis DiRaja Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Agensi Anti-Dadah Kebangsaan, Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan, Lembaga Lebuhraya Malaysia, syarikat swasta seperti Lonpac Insurance dan Red Bull serta agensi bukan kerajaan seperti Kelab Marshal Keselamatan Jalan Raya dan Yayasan Belia Malaysia termasuk pihak media yang memberi liputan meluas sepanjang tempoh kempen tersebut.
Pada Kempen Bersepadu Keselamatan Jalan Raya Sempena Tahun Baru Cina tahun 2010 ini, bilangan kematian akibat kemalangan jalan raya dicatatkan sejumlah 201 kematian berbanding Kempen Bersepadu Keselamatan Jalan Raya Tahun Baru Cina tahun 2009 yang mencatatkan 212 kematian, iaitu pengurangan sebanyak 11 kematian atau 5.2%. Purata kematian sehari adalah sebanyak 13 kematian sehari berbanding 18 kematian sehari pada hari-hari biasa, iaitu penurunan sebanyak 5 kematian sehari atau 27.8%.
Kempen Bersepadu Keselamatan Jalan Raya Sempena Tahun Baru Cina tahun 2010 juga mencatatkan bilangan kemalangan jalan raya sejumlah 14,185 kes berbanding 14,618 kes pada Kempen Bersepadu Keselamatan Jalan Raya Sempena Tahun Baru Cina tahun 2009, iaitu penurunan sebanyak 433 kes atau 3.0%.
Tumpuan penguatkuasaan yang difokuskan kepada 7+2 kesalahan lalu lintas yang serius dilihat berjaya mengekang bilangan kemalangan dan kematian pada Kempen Bersepadu Keselamatan Jalan Raya Sempena Tahun Baru Cina tahun 2010 iaitu kesalahan-kesalahan melebihi had laju, memotong di garisan berkembar, memotong barisan, tidak mematuhi lampu isyarat, menggunakan lorong kecemasan, memandu secara merbahaya, muatan lebih had, tidak memakai tali pinggang keledar depan atau belakang dan tidak memakai topi keledar semasa menunggang atau membonceng motosikal.
Pendekatan penguatkuasaan dan pemantauan secara covert (penyamaran) selain daripada overt juga didapati berkesan bagi mengekang pesalah lalu lintas terutama bagi kesalahan memotong di garisan berkembar, memotong barisan, menggunakan lorong kecemasan dan melebihi had laju oleh bas ekspres. Kempen advokasi yang difokuskan kepada pemakaian tali pinggang keledar depan dan belakang, pemakaian topi keledar yang diluluskan oleh SIRIM dan diikat kemas, dan jangan memotong barisan telah memberi kesan positif dan secara langsung menyokong usaha penguatkuasaan sedia ada.
Satu lagi kejayaan kempen Bersepadu tahun ini ialah sifar kematian yang dicatatkan bagi kategori pengguna bas, mengekalkan rekod yang sama semasa iaitu Kempen Bersepadu Keselamatan Jalan Raya Sempena Hari Raya Aidil Fitri pada tahun 2009. Ini menunjukkan usaha semua pihak terutamanya JPJ, PDRM, LPKP, AADK, JKJR dan MIROS terbukti berkesan bagi memastikan keselamatan pengguna bas ekspres.
Beberapa inisiatif baru yang dilaksanakan semasa Kempen Bersepadu Keselamatan Jalan Raya Sempena Tahun Baru Cina bagi tahun 2010 akan diteruskan sepanjang tahun iaitu: i) penguatkuasaan secara covert dan overt bagi kesalahan memotong di garisan berkembar, memotong barisan dan menggunakan lorong kecemasan; ii) pemantauan secara covert dan overt bagi kesalahan melebihi had laju oleh bas ekspres; iii) pemeriksaan keadaan bas ekspres dan ujian air kencing di depoh bas ekspres; dan iv) kempen “Buckle Up” atau pembudayaan amalan mengikat topi keledar dengan kemas apabila menunggang motosikal dan memakai tali pinggang keledar di dalam kenderaan.
Prestasi positif yang berjaya dicapai pada Kempen Bersepadu Keselamatan Jalan Raya Sempena Tahun Baru Cina bagi tahun 2010 adalah hasil usaha dan kerjasama semua pihak yang terlibat termasuklah orang ramai yang sedar dan sentiasa mengutamakan keselamatan apabila berada di jalan raya. terima kasih juga kepada pihak media yang sentiasa memberi sokongan padu sepanjang tempoh Kempen Bersepadu Keselamatan Jalan Raya Sempena Tahun Baru Cina bagi tahun 2010.
Y.B. Dato’ Sri Ong Tee Keat Menteri Pengangkutan Malaysia 24 Februari 2010 |
| < Prev | Next > |
|---|
MINISTRY OF TRANSPORT MALAYSIA








![]() | Today | 701 |
![]() | Yesterday | 900 |
![]() | This week | 4247 |
![]() | This month | 2599 |
![]() | All | 1176272 |