Skip to content

Kementerian Pengangkutan Malaysia

Hello, you either have JavaScript turned off or an old version of Macromedia's Flash Player. Get the latest flash player.

Home
KENYATAAN AKHBAR OLEH YB. MENTERI PENGANGKUTAN “PELEPASAN TANAH RIZAB KERETAPI" 27 JANUARI 2010

KENYATAAN AKHBAR

OLEH

YB. DATO’ SRI ONG TEE KEAT, MENTERI PENGANGKUTAN

“PELEPASAN TANAH RIZAB KERETAPI DI ANTARA TAIPING KE KUALA SEPETANG (PORT WELD) KEPADA KERAJAAN NEGERI PERAK”

Jemaah Menteri telah bersetuju untuk melepaskan tanah rizab keretapi di antara Taiping ke Kuala Sepetang (Port Weld) seluas 226.8 ekar (94.5 hektar) kepada kerajaan Negeri Perak.

Pelepasan tanah rizab ini diambil sebagai menunaikan dan menyempurnakan janji kerajaan Barisan Nasional kepada rakyat daerah Taiping semasa pilihanraya kecil Bukit Gantang pada April tahun lepas.

Keputusan ini diambil memandangkan tanah-tanah yang terlibat tidak lagi digunakan untuk tujuan operasi keretapi sejak tahun 1941, dan terdapat 643 unit keluarga setinggan di tapak tersebut. Selain daripada keluarga setinggan di sana, terdapat juga 131 unit bangunan kosong dan 12 unit bangunan rumah ibadat di atas kawasan tersebut.

Kerajaan Persekutuan melalui Perbadanan Aset Keretapi telah mengadakan perbincangan dengan Kerajaan Negeri Perak dan setelah mengambil kira nasib masa depan keluarga setinggan di kawasan itu telah bersetuju untuk membawa perkara tersebut ke perhatian Jemaah Menteri.

Keselesaan dan kebajikan rakyat akan tetap dipertimbangkan dan program pembangunan yang dilaksanakan oleh kerajaan BN adalah berkonsepkan ‘Satu Malaysia’ iaitu rakyat didahulukan tanpa mengira kaum.

Langkah ini juga memaparkan keprihatin Kerajaan terhadap kesusahan rakyat, mendahulukan kepentingan mereka dan membela nasib masyarakat di daerah Taiping dan negeri Perak.

Melalui perlepasan tanah ini Kerajaan Negeri bukan sahaja dapat mengatasi masalah perumahan rakyat di situ tetapi juga dapat membangunkan dan memelihara salah satu tapak bersejarah di negeri ini.

Perlepasan tanah rizab keretapi ini adalah selaras dengan kehendak peruntukan  Fasal (3) Perkara 85 Perlembagaan Persekutuan, di mana dengan perlepasan ini, perizaban tanah Persekutuan untuk tujuan perkeretapian akan terhenti serta merta.

 

-       Tamat   -

 

27 Januari 2010

Sebarang pertanyaan sila hubungi En Chow Kum Hor atau Cik Lim Xiu Bin di talian :  03-888 66086 / 03-888 66320.

 

 
< Prev   Next >


TRANSPORT STATISTICS

CONTACT US

MINISTRY OF TRANSPORT MALAYSIA

Block D5, Complex D,
Federal Government Administrative Centre,
62616 Putrajaya, Malaysia.
Tel: 03-8886 6000
Faks: 03-8889 1569

VISIT MALAYSIA

VISITOR COUNTER

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterToday699
mod_vvisit_counterYesterday900
mod_vvisit_counterThis week4245
mod_vvisit_counterThis month2597
mod_vvisit_counterAll1176270

E-SERVICES

HYPERLINKS

QUESTION



LOGIN






Lost Password?

RSS

_LASTUPDATE
27 August 2010 00:45