Skip to content

Kementerian Pengangkutan Malaysia

Hello, you either have JavaScript turned off or an old version of Macromedia's Flash Player. Get the latest flash player.

Laman Utama
KENYATAAN AKHBAR OLEH YB. DATO’ SRI ONG TEE KEAT - BAYARAN SAGUHATI, SG SIPUT (JAN 11,2010)

Kerajaan Persekutuan dalam tempoh masa terdekat ini, akan membayar bayaran saguhati kepada setinggan-setinggan kediaman yang terjejas secara langsung dengan ‘Projek Landasan Berkembar Elektrik Ipoh-Padang Besar’ di kawasan Sungai Siput, Kuala Kangsar, Perak 

 

Sungai Siput merupakan kawasan terakhir setinggan kediaman di Perak, yang akan di bayar bayaran saguhati oleh Kerajaan Persekutuan, manakala di kawasan lain selebihnya di negeri Perak telah pun menerima bayaran saguhati mereka.

 

Terdapat sebanyak 43 buah rumah kediaman setinggan di kawasan ini daripada keseluruhan 490 buah rumah setinggan yang dibayar saguhati di seluruh negeri Perak.

 

Keseluruhannya sebanyak RM4 juta telah di peruntukkan untuk bayaran saguhati kepada setinggan-setinggan kediaman dan tambahan sebanyak lebih daripada RM12 juta lagi bagi membiayai kos infrastruktur, untuk penempatan semula penduduk dibawah ‘Rancangan Penempatan Tersusun (RPT)’ di Negeri Perak.

 

Kerajaan Persekutuan sebelum membuat keputusan mengenai bayaran saguhati yang berpatutan ini, telah pun mengambil kira pandangan, rayuan dan maklumbalas daripada pemimpin masyarakat dan pemimpin parti politik komponen Barisan Nasional di Perak.

 

11 Januari 2010

 
< Sebelumnya   Seterusnya >


STATISTIK PENGANGKUTAN

HUBUNGI KAMI

KEMENTERIAN PENGANGKUTAN MALAYSIA

Blok D5, Kompleks D,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62616 Putrajaya, Malaysia.
Tel: 03-8886 6000
Faks: 03-8889 1569

VISIT MALAYSIA

KAUNTER PENGUNJUNG

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari ini108
mod_vvisit_counterSemalam566
mod_vvisit_counterMinggu Ini3297
mod_vvisit_counterBulan ini7186
mod_vvisit_counterKeseluruhan1180859

PERKHIDMATAN ONLINE

HIPERANGKAI

PERTANYAAN



LOGIN






Hilang Katalaluan?

RSS

Dikemaskini :
06 September 2010 07:31