Hello, you either have JavaScript turned off or an old version of Macromedia's Flash Player. Get the latest flash player.
| Kenyataan Akhbar Menteri - Bayaran Saguhati ,Pulau Pinang (Dec 31, 2009) |
|
KENYATAAN AKHBAR OLEH YB. DATO’ SRI ONG TEE KEAT, MENTERI PENGANGKUTAN
Kerajaan pusat mengambil kira kepentingan semua penghuni yang terjejas secara langsung dengan Projek Landasan Berkembar Elektrik Ipoh-Padang Besar. Pandangan, rayuan dan maklumbalas daripada pemimpin masyarakat dan pemimpin parti politik komponen Barisan Nasional di Pulau Pinang telah diambil kira. Dengan itu, Kerajaan pusat telah memutuskan untuk memberi bayaran saguhati yang berpatutan kepada semua penghuni yang terjejas secara langsung dengan projek ini di Pulau Pinang. Kerajaan pusat memperuntukkan lebih daripada RM5 juta sebagai bayaran saguhati kepada 134 penghuni rumah terbabit dan bayaran akan dibuat dalam tempoh masa terdekat. Bagi pemilik rumah di tanah berhakmilik, bayaran saguhati mereka sedang diproses dan akan dibayar dalam sedikit masa lagi. Di mana yang berkenaan, bayaran ini akan dibuat bersekali dengan pampasan dibawah Akta Pengambilan Tanah 1960.
Bagi penghuni-penghuni yang terlibat di negeri Kedah dan Perak, sebahagian besar penghuni telah dibayar saguhati, manakala bakinya sedang diuruskan. - tamat - 30 November 2009 Sebarang pertanyaan sila hubungi En. Chow Kum Hor atau Cik Lim Xiu Bin di talian : 03-888 66086 / 03-888 66320
|
| < Prev | Next > |
|---|
MINISTRY OF TRANSPORT MALAYSIA








![]() | Today | 7 |
![]() | Yesterday | 851 |
![]() | This week | 2630 |
![]() | This month | 6519 |
![]() | All | 1180192 |