Skip to content

Kementerian Pengangkutan Malaysia

Laman Utama arrow Piagam Pelanggan
Piagam Pelanggan

PIAGAM PELANGGAN KEMENTERIAN PENGANGKUTAN

Kami berjanji akan :
1.   Menggubal dasar-dasar baru berkaitan sektor darat, udara dan maritim dalam tempoh 2 bulan.
2.   Memastikan projek-projek pembangunan dimulakan dalam tempoh 1 bulan selepas diluluskan.
3.   Memproses dan meluluskan permit dan lesen bagi permohonan yang lengkap dalam tempoh berikut:
     i)  Lesen ASL dan Permit-permit berkaitan udara dalam tempoh 1 bulan.
    ii)   Lesen Perkapalan Dalam Negeri mengikut kategori/kriteria antara 1-4 hari dan mengeluarkan lesen dalam tempoh 1 hari bekerja dan tarikh bayaran lesen diterima.
4.    Mengeluarkan maklumat perangkaan berkaitan pengangkutan pada setiap suku tahun.
5.    Memastikan aduan awam yang diterima diselaras dan diberi maklum balas dalam tempoh 3 hari bekerja.  

 

PENCAPAIAN PIAGAM PELANGGAN

1.   Pencapaian Pengeluaran Lesen Perkapalan Dalam Negeri Dalam Tempoh 5 Hari Bekerja.
2.   Pencapaian Piagam Pelanggan Bahagian Udara.