Skip to content

Kementerian Pengangkutan Malaysia

Laman Utama arrow Ucapan Menteri arrow Majlis Perpisahan LPK

UCAPAN Y.B. DATUK ONG KEE TEAT
MENTERI PENGANGKUTAN MALAYSIA

 SEMPENA MAJLIS PERPISAHAN BEKAS PENGERUSI,
PENGURUS BESAR DAN PENGURUS (KEWANGAN) SERTA MERAIKAN PERLANTIKAN PENGERUSI DAN PENGURUS BESAR LEMBAGA PELABUHAN KLANG
YANG BARU

  30 JUN 2008 (ISNIN), 8.30 MALAM

KELAB PELAYARAN DIRAJA SELANGOR
(ROYAL SELANGOR YACHT CLUB)

JALAN SHAHBANDAR, PELABUHAN KLANG.



Y. Berusaha Saudara Pengerusi Majlis


Y. B. Dato’ Chor Chee Heung,
Timbalan Menteri, Kementerian Dalam Negeri


Y. Bhg. Datin Paduka O.C. Phang    -   (Not Attending)


Y. Bhg. Dato’ Lee Hwa Beng,
Pengerusi, LPK


Yang Berusaha Encik Lim Thean Shiang,
Pengurus Besar, LPK


Ahli-Ahli Jemaah Lembaga, LPK dan Lembaga Pengarah PKFZ

 

Dif-dif Jemputan


Pegawai dan Kakitangan LPK dan PKFZ


Tuan-Tuan dan Puan-Puan yang dihormati sekalian.

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Jawatankuasa Sambutan Majlis kerana sudi menjemput saya ke Majlis yang penuh bermakna pada malam ini.

Majlis ini, bagi saya amat istimewa.  Ia menghimpunkan dua (2) kumpulan pegawai yang penting kepada perkhidmatan LPK.  Satu kenyataan adalah Pegawai-pegawai Kanan yang bersara dan telah banyak memberi sumbangan kepada perkhidmatan serta negara.  Majlis ini adalah tanda penghargaan kepada mereka.

Satu kumpulan lagi ialah pegawai-pegawai kanan yang telah dilantik dan diberi kepercayaan untuk menerajui jawatan tertinggi di LPK.  Tahniah diucapkan kepada mereka.

Tuan-tuan/Puan-Puan,

Seperti tuan-tuan dan puan-puan sedia maklum, Majlis ini diadakan bagi meraikan persaraan tiga (3) orang pegawai tertinggi LPK iaitu Y.B. Dato’ Chor Chee Heung, mantan Pengerusi LPK yang telah tamat perkhidmatan pada  30 Mac 2008, Y. Bhg. Datin Paduka O.C. Phang, mantan Pengurus Besar yang telah tamat tempoh kontrak pada 5 Jun 2008 dan Puan Rohasnah Othman, Pengurus (Kewangan) yang akan bersara awal pada 2 Julai 2008.

Bagi pihak Kementerian dan warga LPK saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Y. B. Dato’, Y. Bhg. Datin Paduka O.C. Phang dan Puan Rohasnah Othman di atas segala sumbangan yang telah dicurahkan sepanjang tempoh perkhidmatan mereka di LPK ini.

Saya berharap segala sumbangan bakti perkhidmatan mereka akan menjadi contoh dan teladan kepada semua warga LPK.  Semoga mereka dan keluarga mereka akan dapat melalui hari-hari persaraan dengan tenang dan aman di samping terus menyumbang khidmat bakti kepada masyarakat dan negara.

Bagi saya dan saya percaya bagi kebanyakan tetamu di sini, persaraan memberi pelbagai pengertian bagi setiap insan.  Walau apa pun tafsiran yang jelas, persaraan memberi makna bahawa seseorang perlu melepaskan jawatan terakhir yang disandangnya ketika menghampiri peringkat akhir perkhidmatan.  Pada hakikatnya, seorang pesara akan melangkah ke suatu alam baru dan sudah pasti mereka akan berhadapan dengan suasana dan cabaran yang berbeza berbanding keadaan sebelum bersara.

”Retirement is going to be the most exciting part of the life and there is an abundance of opportunities that can keep them busy.”

Saya percaya mereka telah bersiap sedia dan tidak menghadapi masalah dalam strategi untuk mengharungi alam pesaraan.  Saya yakin memandangkan Y.B. Dato’/Y. Bhg. Datin Paduka/Puan telah berjaya membuktikan kewibawaan, ketokohan dan kepimpinan dalam melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan semasa berkhidmat.  Saya juga pasti pengalaman dan pengetahuan mereka akan diperlukan lagi mungkin bukan di LPK tetapi di tempat-tempat lain.

Akhir kata, saya ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada ketiga-tiga tetamu istimewa kita pada malam ini.  Pada kesempatan ini, saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada Y. Bhg. Dato’ Lee Hwa Beng di atas perlantikan Pengerusi LPK dan Encik Lim Thean Shiang sebagai Pengurus Besar LPK yang baru.  Semoga Y.Bhg. Dato’ dan tuan dapat menerima dan mentadbir LPK dengan lebih berkesan selaras dengan peranan yang dikehendaki oleh Kerajaan dalam membangunkan Negara.

Sekian, terima kasih.

 

 
< Sebelumnya   Seterusnya >