| OBJEKTIF | Bertanggungjawab untuk mewujudkan satu sektor maritim yang moden, cekap dan selamat disamping menyelaras aktiviti inter-sektoral secara berkesan, cekap dan teratur ke arah menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maritim
|
FUNGSI | - Bertanggungjawab terhadap penyelarasan dan pemantauan projek-projek pembangunan infrastruktur berkaitan maritim bagi jabatan-jabatan/agensi-agensi di bawah Sektor Maritim
- Menggalakkan pembangunan dan penyertaan lebih banyak kapal - kapal Malaysia dalam industri perkapalan di dalam dan luar negeri. Bertanggungjawab terhadap pelaksanaan dasar dan strategi ekonomi maritim dalam dan luar negara
Bertanggungjawab mengenai perancangan dan pelaksanaan dasar ke atas hal ehwal keselamatan pelayaran, pencegahan pencemaran dari kapal, keselamatan kapal, harta dan nyawa di laut- Merancang, membentuk dan melaksanakan dasar –dasar mengenai sektor pelabuhan termasuk menyelaras dan mengawasi aktiviti-aktiviti operasi pelabuhan persekutuan
- Menerima dan memproses permohonan lesen perkapalan dalam negeri serta meningkatkan keberkesanan pengeluaran lesen perkapalan dalam negeri
|
CARTA ORGANISASI | 
|
DASAR MARITIM | - MALAYSIA SEBAGAI NEGARA MARITIM
| Membangunkan Malaysia sebagai negara maritim yang berupaya meningkatkan kapasiti perkapalan dan pelabuhan, mengoptimumkan penggunaan sumber manusia, memastikan keselamatan kapal dan pelayaran dan menyediakan perkhidmatan sokongan yang berkaitan dengan cekap.
| | - Pengangkutan barang-barang dan penumpang dari mana-mana pelabuhan atau tempat di Malaysia ke pelabuhan atau tempat lain di Malaysia, termasuk di dalam kawasan zon ekonomi eksklusif hendaklah diangkut oleh kapal yang berdaftar dengan Malaysia dan mempunyai Lesen Perkapalan Dalam Negeri yang sah.
- Akta Perkapalan Saudagar (Pindaan) 1998 telah memperluaskan definisi perkapalan dalam negeri untuk meliputi aktiviti-aktiviti perkhidmatan lain seperti pengorekan, pemasangan kabel dan paip dan penyelidikan hidrografi. Kapal-kapal yang digunakan bagi menjalankan aktiviti di atas disyaratkan untuk mendapatkan lesen.
| | - Pelabuhan Kelang sebagai pelabuhan utama telah diisytiharkan sebagai pusat pemunggahan negara dan rantau. Ini akan membolehkan wujudnya critical mass yang mencukupi di satu pelabuhan dan seterusnya menjadikannya sebagai destinasi yang menarik bagi persinggahan kapal-kapal induk yang selanjutnya akan menjadikan pelabuhan tersebut sebagai hab transshipment dan pengedaran di rantau ini.
- Pelabuhan Tanjung Pelepas juga telah diisytiharkan sebagai pusat transshipment.
|
|
KONVENSYEN ANTARABANGSA DAN PERJANJIAN KERJASAMA | | BIL | KONVENSYEN ANTARABANGSA | 1 | IMO Convention 1948
| 2 | IMO amendments 1991
| 3 | SOLAS Convention 1974
| 4 | SOLAS Protocol 1978
| 5 | LOAD LINES Convention 1966
| 6 | TONNAGE Convention 1969
| | 7 | COLREG Convention
| | 8 | STCW Convention 1978
| | 9 | INMARSAT Convention 1976 | | 10 | INMARSAT OA 1976
| | 11 | MARPOL 73/78 (Annex I/II)
| | 12 | MARPOL 73/78 (Annex V)
| | 13 | CLC Protocol 1992
| | 14 | FUND Convention 1971
| | 15 | FUND Protocol 1992
| | 16 | OPRC Convention 1990
|
| | BIL | PERJANJIAN PERKAPALAN DUA HALA
| 1 | Malaysia - Jerman
| 2 | Malaysia - Greece
| 3 | Malaysia - Korea Utara
| 4 | Malaysia - India
| 5 | Malaysia - Iran
| 6 | Malaysia - Cyprus | 7 | Malaysia - Jordan
| | 8 | Malaysia - Romania |
| |