| OBJEKTIF | - Melalui pendekatan yang sistematik dan berdisplin membantu menilai dan menambahbaik keberkesanan kawalan-kawalan dan tadbir urus Kementerian Pengangkutan serta semua Jabatan dan Agensi di bawahnya.
|
FUNGSI | - Mengkaji kebolehpercayaan dan keberkesanan sistem kewangan serta kawalan dalaman Kementerian Pengangkutan serta Jabatan dan Agensi di bawahnya.
- Mengkaji tahap pematuhan kepada segala dasar, undang-undang, peraturan dan arahan yang berkuatkuasa.
- Mengkaji aktiviti organisasi supaya dapat diuruskan secara berhemat, cekap dan berkesan.
- Mengkaji aset dan kepentingan organisasi dilindungi dari segi kehilangan, penipuan dan penyelewengan.
- Memberi nasihat/pandangan mengenai kawalan dalaman terhadap semua sistem termasuk sistem ICT.
- Menjalankan fungsi audit di Badan Berkanun Persekutuan di bawah Kementerian yang tiada Unit Audit Dalam selaras dengan Surat Pekeliling Am Bil.3 Tahun 1998.
- Melaporkan semua penemuan juruaudit kepada Ketua Setiausaha Kementerian dan mengambil tindakan susulan ke atas isu-isu yang dibangkitkan.
- Menyediakan Rancangan Tahunan Audit dan Laporan Tahunan Audit Dalam untuk kelulusan Ketua Setiausaha Kementerian.
- Membentangkan Laporan Audit Dalam di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan dan Akaun.
|
CARTA ORGANISASI | 
| |