Search
Larger Text Default Text Smaller Text
​ ​

​​​​​​​​​​​​​​​​JDC - Joint Department Council​​

​​

Joint Department Council (JDC) is a two-way medium, where the employees were given a channel to communicate with the management in the expression of opinion, views and contribute valuable ideas for the betterment of the organization.

​​​
​ ​ ​ ​

Keahlian

Majlis Bersama Jabatan bagi Kementerian Pengangkutan (selepas ini disebut sebagai ‘Majlis’) hendaklah mengandungi 24 orang ahli termasuk Pengerusi, Naib Pengerusi dan Setiausaha-Setiausaha. 12 orang ahli dilantik oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan (selepas ini disebut sebagai ‘Pihak Pengurusan’) dan 12 orang ahli yang dipilih oleh kakitangan Kementerian Pengangkutan yang mewakili pekerja-pekerja di Kementerian Pengangkutan (selepas ini disebut sebagai ‘Pihak Pekerja’).

Pihak Pengurusan

2. Ahli-ahli bagi Pihak Pegawai hendaklah terdiri daripada pegawai-pegawai Kementerian Pengangkutan seperti berikut:-

​i​​

​Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan)​

​Pengerusi

​ii

Setiausaha Bahagian Maritim

​Ahli

​iii

Setiausaha Bahagian Udara

​Ahli

iv

​Setiausaha Bahagian Darat dan Logistik

​Ahli

v

Setiausaha Bahagian Pentadbiran dan Kewangan

​Ahli

​vi

Setiausaha Bahagian Pengurusan Sumber Manusia

Ahli

vii

​Ketua Akauntan

Ahli

viii

​Setiausaha Bahagian Pembangunan

​Ahli

ix

​Setiausaha Bahagian Pengurusan Maklumat

Ahli

​x

Setiausaha Bahagian Perancangan Strategik dan Antarabangsa

​Ahli

xi

Ketua Penolong Setiausaha (Kerjaya)

Setiausaha Bersama

Mereka dilantik atas jawatan masing-masing

Pihak Pekerja

3. Ahli-ahli bagi Pihak Pekerja hendaklah terdiri daripada pekerja-pekerja Gred 48 dan ke bawah, tidak terlibat dalam membuat keputusan dan bukan Ketua Bahagian di dalam Kementerian Pengangkutan Malaysia serta dipilih oleh pekerja-pekerja yang berkhidmat di Kementerian Pengangkutan Malaysia. Peraturan bagi pemilihan ahli-ahli Pihak Pekerja hendaklah mengikut peraturan-peraturan yang akan disediakan buat permulaannya oleh satu Jawatankuasa yang ditubuhkan oleh pekerja di Kementerian Pengangkutan Malaysia dan diluluskan oleh Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan Malaysia. Ahli-ahli bagi Pihak Pekerja adalah seperti berikut:

    1. tiga (3) orang wakil Gred 41 hingga 48;
    2. ​tiga (3) orang wakil Gred 27 hingga 40;
    3. ​​empat (4) orang wakil Gred 17 hingga 26; dan
    4. ​​dua (2) orang wakil Gred 1 dan 6

4. Kekosongan yang berlaku di dalam keanggotaan Pihak Pekerja hendaklah dipenuhi oleh calon-calon daripada kakitangan Kementerian Pengangkutan yang melantik wakil yang mengosongkan jawatan itu, atau pekerja-pekerja itu sendiri.

5. Ahli-ahli bagi Pihak Pekerja hendaklah memegang jawatan selama tempoh dua (2) tahun mulai dari tarikh pelantikan. Keahlian sebagai Pihak Pekerja secara automatiknya terbatal apabila tamat tempoh memegang jawatan.

6. Pemilihan semula ahli-ahli Pihak Pekerja bagi Majlis hendaklah dibuat sebulan sebelum tarikh tamat tempoh ahli tersebut memegang jawatan.

7. Mana-mana ahli Pihak Pekerja yang telah menjadi ahli Majlis ini tidak boleh menjadi ahli Majlis Bersama Jabatan yang lain.

Pegawai-Pegawai Majlis

8. Pegawai-Pegawai Majlis adalah terdiri daripada Pengerusi, Naib Pengerusi dan Setiausaha Bersama. Naib Pengerusi hendaklah terdiri daripada dan dipilih oleh Pihak Pekerja. Tiap-tiap pihak dalam Majlis hendaklah melantik seorang daripadanya untuk memenuhi jawatan Setiausaha Bersama.

Tujuan

9. Tujuan Majlis adalah untuk memperolehi seluas-luas kerjasama di antara Kementerian Pengangkutan dengan pegawai-pegawai yang bergaji di Kementerian Pengangkutan dalam perkara-perkara yang berkaitan dengan kelicinan kerja dan kebajikan pekerja-pekerja yang berkenaan untuk mengadakan jentera bagi menguruskan soal-soal mengenai syarat-syarat bekerja, dan amnya untuk mengumpul berbagai buah fikiran daripada pekerja-pekerja dengan wakil-wakil Kementerian Pengangkutan.

Bidang dan Fungsi

10. Bidang dan fungsi majlis hendaklah tertumpu hanya kepada perkara-perkara yang termasuk di dalam bidang kuasa majlis yang mana adalah seperti berikut:-

    1. membincang dan memutuskan akan perkara-perkara mengenai syarat-syarat bekerja yang ada kaitan dengan pentadbiran yang berkenaan kecuali perkara-perkara yang melibatkan dasar Kerajaan atau hal-hal perseorangan;
    2. membolehkan kakitangan mengambil bahagian dan lebih bertanggungjawab di atas perkara-perkara mengenai kerja-kerja mereka dan mematuhi syarat-syarat bawah mana tugas-tugas mereka dijalankan;
    3. menggalakkan kakitangan menerusi pengambilan bahagian dalam perbincangan-perbincangan untuk mendapat pengetahuan yang lebih lagi mengenai pentadbiran berbagai jabatan; dan
    4. mengadakan kemudahan bagi memperbaiki perjalanan dan organisasi pejabat serta peruntukan bagi menerima cadangan dan syor-syor dari kakitangan mengenai perkara ini.

Mesyuarat-Mesyuarat

11. Mesyuarat-mesyuarat biasa bagi majlis hendaklah diadakan sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh tiga (3) bulan iaitu empat (4) kali setahun.

12. Korum bagi mesyuarat Majlis hendaklah terdiri daripada 50% (6) orang ahli Pihak Pengurusan dan 50% (6) orang ahli Pihak Pekerja.

13. Agenda bagi mesyuarat-mesyuarat Majlis hendaklah disediakan oleh Setiausaha Bersama dan dihantar oleh Setiausaha-Setiausaha tersebut kepada pihak masing-masing tidak kurang daripada tujuh (7) hari sebelum tarikh mesyuarat. Perkara-perkara yang tidak termasuk di dalam agenda, hanya boleh dimasukkan dengan kebenaran Pengerusi dan Naib Pengerusi Majlis.

14. Mesyuarat Khas Majlis boleh diadakan dengan permintaan Pengerusi atau Naib Pengerusi bila dikehendaki. Tarikh mesyuarat tersebut hendaklah dipersetujui oleh Pegawai-pegawai majlis. Perkara-perkara yang dibincangkan di mesyuarat tersebut hendaklah terhad kepada perkara-perkara yang dinyatakan dalam notis memanggil mesyuarat tersebut.

15. Sekiranya Pengerusi tidak dapat mempengerusikan mana-mana mesyuarat Majlis, maka ahli Pihak Pegawai terkanan boleh mempengerusikan mesyuarat Majlis dengan kebenaran daripada Pengerusi. Dalam apa keadaan sekalipun, Naib Pengerusi iaitu Pengerusi Pihak Pekerja tidak boleh mempengerusikan mana-mana mesyuarat Majlis.

Keputusan

16. Segala keputusan-keputusan majlis hendaklah dicapai secara persetujuan di antara kedua-dua belah pihak.

17. Keputusan yang diambil jika ada hubungan dengan Jabatan-Jabatan lain dan tidak pula bercanggah dengan dasar Kerajaan bolehlah diselesaikan terus oleh Kementerian Pengangkutan. Bagi keputusan yang ada kaitan dengan dasar Kerajaan ataupun dengan jabatan-jabatan lain ianya hendaklah dirujuk kepada Jabatan-jabatan yang berkenaan ataupun kepada Jabatan Perkhidmatan Awam.

Pindaan Kepada Perlembagaan

18. Perlembagaan Majlis boleh dipinda di mana-mana mesyuarat Majlis dengan persetujuan tidak kurang daripada 50% ahli Pihak Pengurusan dan 50% ahli Pihak Pekerja. Notis mengenai pindaan hendaklah diberi dan diedarkan kepada ahli-ahli Majlis sekurang-kurangnya sebulan sebelum tarikh mesyuarat. Segala pindaan perlembagaan yang telah diluluskan oleh Majlis hendaklah dikemukakan ke Bahagian Saraan, Jabatan Perkhidmatan Awam untuk kelulusan.

19. Jabatan Perkhidmatan Awam sebagai penggubal dasar boleh menetapkan kaedah terbaik bagi menyelesaikan sebarang perbezaan pendapat dan pertentangan di antara Pihak Pegawai dengan Pihak Pekerja mengenai penggubalan dan pindaan perlembagaan Majlis. Segala keputusan yang dibuat oleh Jabatan Perkhidmatan Awam adalah muktamad selari dengan kuasa yang diperuntukkan dalam perenggan 13 Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 1992.

Chairman of JDC Meeting : Deputy Secretary General (Management)

Secretariat : Career Development Unit, Human Resource Management Division

​​​​

​​​JDC Meeting Bil. 1/​​2016

24 March 2016 (Thursday)​​​

9.30 A.M

JDC Meeting Bil. 2/2016

​14 June 2016 (Tuesday)

9.30 A.M​

JDC Meeting Bil. 3/2016

22 September 2016 (Thursday)

2.30 P.M

JDC Meeting Bil. 4/2016

3 November 2016 (Thurs​day)​

2.30 P.M

​​​​​​​