Lapangan terbang catat peningkatan penumpang 

PUTRAJAYA: Lapangan terbang di seluruh negara mengendalikan 65.3 juta penumpang tahun lalu, meningkat 10.63 peratus atau 3.6 juta penumpang berbanding tahun sebelumnnya, kata Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha.

Beliau berkata, peningkatan jumlah penumpang hasil danpada ekonomi negara yang kukuh dan keadaan stabil itu menjadikan negara ini sebagai destinasi pilihan pelancong luar negara.

"Peningkatan ini melebihi sasaran iaitu sekitar 62 juta pelancong, satu peningkatan yang sangat baik yang mana dua tahun berturut-turut kita mencatat peningkatan jumlah penumpang dalam dua digit laitu 10.63 peratus tahun lalu dan 12 peratus pada 2010," katanya kepada pemberita pada sidang media di pejabatnya di sini, semalam.

Beliau berkata, jumlah penumpang paling tinggi dicatatkan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) tahun lalu ialah 37.7 juta berbanding tahun sebelumnya, 34.1 juta, diikuti Kota Kinabalu dengan 5.8 juta dan Pulau Pinang, 4.6 juta.

Katanya, pihaknya mengambil langkah dalam menyediakan kemudahan bagi menampung jumlah penumpang yang sernakin meningkat termasuk dengan pembinaan Kompleks Bersepadu di Terminal Tambang Murah (KLIA2) serta projek naik taraf Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang.

Walaupun mencatat peningkatan dua digit dalam jumlah penumpang di lapangan terbang seluruh negara sejak 2010, Cho Ha hanya menyasarkan kenaikan lima peratus bagi tahun ini.

"Sasaran ini dibuat berikutan laporan keadaan ekonomi dunia tahun ini terutama Eropah dan Amerika Syarikat kurang baik.

Jadi, kita menyasarkan lima peratus yang lebih realistik namun ia cukup tinggi," katanya.

Dalarn perkembangan lain, Cho Ha berkata, Jabatan Penerbangan Awam (DCA) sedang memantau nasib 250 pelajar di empat sekolah penerbangan yang digantung lesennya tahun lalu selepas didapati mengalami masalah pengurusan.

"Kita akan cuba mencari jalan penyelesaian terutama kepada nasib pelajar ini kerana kos yang terpaksa ditanggung untuk belajar di sekolah ini tinggi iaitu melebihi RM200,000 seorang," katanya.

"Saya juga sudah mengarahkan DCA supaya memantau semua sekolah penerbangan dinegara ini bagi memastikan tiada masalah sama timbul," katanya.

 

SUMBER : BERITA HARIAN  |  31 JANUARI 2012