NKRA 
Puan Ruhaizah Mohmed Binti Rashid
Sarjana Muda Pengajian Ekonomi, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
Diploma Pengurusan Awam, Institut Tadbir Awam Negara (INTAN)
  • Ketua Penyelaras NKRA, Unit NKRA, MOT (1 Mac 2010)
  • Timbalan Ketua Pengarah, Jabatan Pengangkutan Jalan (6 Oktober 2008)
  • Pengurus Besar, Perbadanan Aset Keretapi (1 Julai 2005)
  • Ketua Penolong Setiausaha, Unit Perancangan Dasar, Bahagian Korporat & Antarabangsa, MOT (16 Ogos 1998)
  • Penolong Setiausaha, Bahagian Pentadbiran Antarabangsa, MOT (10 Februari 1998)
  • Penolong Setiausaha, Bahagian Darat, Kementerian Pengangkutan (MOT) (1 Disember 1992)
  • Penolong Pengarah, Unit Perancangan Jalan & Penyelidikan, Kementerian Kerja Raya (16 Jun 1988)
  • Penolong Pengarah, Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri (9 Jan 1984)
Kepentingan bandar-bandar sebagai pusat aktiviti yang mana ekonominya semakin menjurus kepada aktiviti berorientasikan perkhidmatan kini semakin meningkat. Rangkaian pengangkutan perlu mampu menyokong pertumbuhan ekonomi, pertumbuhan populasi dan kepelbagaian aktiviti (termasuk pelancongan). Telah terbukti di peringkat global bahawa sistem pengangkutan yang teratur dan komprehensif adalah penyumbang penting kepada kemakmuran ekonomi.

Kesesakan lalulintas bukan sahaja menyukarkan penumpang; ia juga mengakibatkan kerugian besar dari segi produktiviti dan mempengaruhi kebolehan bandar-bandar Negara ini untuk bersaing di peringkat global. Dalam mengatasi masalah kesesakan lalulintas, terdapat kecenderungan bagi bandar-bandar untuk membina lebih banyak jalan raya. Walau bagaimanapun, kosnya dari segi kewangan, sosial dan alam sekitar akan kian meningkat apabila tahap perkembangan bandar telah mencapai suatu tahap.

Justeru itu, terdapat keperluan untuk suatu anjakan dari mengutamakan pergerakan kenderaan bermotor, kepada pergerakan kumpulan-kumpulan orang melalui cara yang efisien dan menjimatkan kos, iaitu anjakan dari kenderaan persendirian ke pengangkutan awam. Walau bagaimanapun, dengan mengambil sistem pengangkutan awam di Lembah Klang sebagai contoh, sistem pengangkutan awam di Negara ini pada ketika ini menghadapi isu perkhidmatan yang tidak efisien (dengan kadar kelewatan dan pembatalan perjalanan yang kerap), jaringan perkhidmatan dan kesinambungan antara mod pengangkutan awam yang terhad, serta isu kesesakan yang serius (terutamanya aliran rel utama- KTM Komuter, aliran LRT Kelana Jaya). Masalah-masalah ini antara lainnya menyebabkan penggunaan sistem pengangkutan awam yang kurang memberansangkan, yang seterusnya membawa kepada isu kesesakan yang lebih serius.

Sekiranya kita gagal menangani masalah sistem pengangkutan awam di Lembah Klang, jalanraya di bandar-bandar akan menjadi terlalu sesak, dan seterusnya mempengaruhi daya produktiviti bandar-bandar utama, kualiti hidup penduduk kawasan bandar, serta kebolehan Negara untuk melonjakkan taraf bandar-bandar Malaysia ke taraf dunia. Berpegang kepada permasalahan ini, dan memandangkan pengangkutan merupakan faktor penting bagi capaian ke pekerjaan, perkhidmatan kesihatan, pendidikan dan perkhidmatan sosial, kami amat komited bagi mempertingkatkan taraf sistem pengangkutan awam di Lembah Klang menjelang tahun 2012 bagi menggalakkan lebih ramai orang meninggalkan kenderaan masing-masing di rumah dan sebaliknya menggunakan pengangkutan awam.

Demi mencapai matlamat ini, Unit NKRA Kementerian telah ditubuhkan pada November 2009 demi memantau serta mengetuai isu koordinasi bagi menyampaikan inisiatif-inisiatif yang penting bagi penambahbaikan sistem pengangkutan awam bandar.

Kami berjanji akan:
  • Memantau serta menyelaras pelaksanaan inisiatif-inisiatif yang telah digariskan untuk meningkatkan kualiti sistem pengangkutan awam bandar.
  • Menyediakan laporan kemajuan serta status pelaksanaan setiap inisiatif dalam masa 5 hari untuk dilaporkan kepada Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Performance Management & Delivery Unit ¬– PEMANDU), Jabatan Perdana Menteri seminggu sekali.
  • Menyenarai serta melaporkan halangan dan kekangan yang dihadapi di dalam pelaksanaan inisiatif-inisiatif meningkatkan kualiti sistem pengangkutan awam bandar kepada PEMANDU sekali setiap 2 minggu, melalui mesyuarat Problem-solving Meeting yang dipengerusikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif PEMANDU.
  • Menjadi urusetia mesyuarat serta melaporkan status pelaksanaan inisiatif kepada mesyuarat pasukan petugas pelaksanaan (Delivery Task Force – DTF) yang dipengerusikan oleh Y.A.B. Perdana Menteri Malaysia, yang diadakan sekali setiap 6 minggu.
  • Membekalkan maklumat berhubung status pelaksanaan inisiatif-inisiatif dalam tempoh 2 hari bekerja dari tarikh penerimaan permohonan.
  • Memastikan segala isu dan aduan dijawab dalam tempoh 3 hari bekerja.
  • Menyelia serta memimpin usaha koordinasi bagi menyampaikan dan melaksanakan inisiatif-inisiatif yang penting bagi penambahbaikan sistem pengangkutan awam bandar.
  • Meningkatkan peratusan yang menggunakan pengangkutan awam kepada 15% menjelang tahun 2010 dan kepada 25% menjelang 2012 semasa waktu puncak dari 7 pagi hingga 9 pagi di Lembah Klang. Kami akan seterusnya menyesuaikan dan mengaplikasikan inisiatif yang berkesan di Pulau Pinang dan Johor Bahru.
  • Memperbaiki masa perjalanan dan kebolehpercayaan.
  • Mempertingkatkan keselesaan dan kemudahan penumpang.
  • Mempertingkat kebolehcapaian dan kesalinghubungan supaya peratusan penduduk yang tinggal dalam lingkungan 400 meter dari laluan pengangkutan awam meningkat daripada 63% kepada 80% pada 2012.
Skip navigation links
Unit Komunikasi Korporat
Unit Audit Dalam
Unit NKRA
Unit Penasihat Undang-undang
Unit Kabinet Parlimen dan Antarabangsa