Sektor Udara 
Jabatan Penerbangan Awam (DCA) adalah sebuah jabatan daripada Kementerian Pengangkutan Malaysia yang mengurus hal ehwal industri penerbangan awam Negara.
Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) adalah syarikat berkaitan kerajaan yang mengurus dan menyelia lapangan-lapangan terbang di Malaysia.
Senai Airport Terminal Services (SATS) merupakan sebuah syarikat milik swasta yang mengurus dan menyelia Lapangan Terbang Antarabangsa Senai di Malaysia.
Malaysia Airlines System (MAS) merupakan sebuah syarikat penerbangan negara.
Firefly adalah Syarikat penerbangan subsidiari MAS.
MAS Wings adalah syarikat penerbangan subsidiari MAS yang beroperasi di kawasan luar bandar Sabah dan Sarawak.
MENAIKTARAF LAPANGAN TERBANG SIBU
PEMBANGUNAN LAPANGAN TERBANG BARU BINTULU
PENINGKATAN LAPANGAN TERBANG KOTA KINABALU (PAKEJ 1 - BANGUNAN TERMINAL)
PERJANJIAN PERKHIDMATAN UDARA DUA HALA
Perjanjian Perkhidmatan Udara Dua Hala (ASA) adalah dokumen asas yang sering digunakan oleh sesebuah negara dalam mengawal selia perkhidmatan penerbangan antarabangsa negara tersebut. Walau bagaimanapun, kebanyakan ASA hanya mengawal selia perkhidmatan penerbangan antarabangsa berjadual sahaja.

Tujuan pewujudan ASA adalah bagi mewujudkan persefahaman dan perjanjian antara kerajaan-kerajaan berhubung perkhidmatan penerbangan antarabangsa antara kedua-dua buah negara.

Perkhidmatan penerbangan awam antarabangsa telah berevolusi selama beberapa dekad. Walaupun perkhidmatan terbang antarabangsa pertama kali mula berkembang pada tahun 1920, beberapa perjanjian dua hala antara kerajaan yang dibuat di awal tersebut tidak berkuatkuasa sehingga hari ini ekoran penamatan penerbangan komersil sepanjang tahun 1939-1945 ekoran Perang Dunia Ke-2.

Kebanyakan ASA yang ada pada hari ini merupakan dokumen yang berlandaskan kepada Persidangan di Chicago pada tahun 1944 yang mengawal selia perjanjian-perjanjian dua hala berhubung pengangkutan udara antarabangsa yang berlandaskan kepada prinsip kedaulatan wilayah-wilayah, kesepakatan mengenai keperluan untuk izin khas atau kebenaran lain untuk menjalankan perkhidmatan penerbangan berjadual ke dalam wilayah suatu Negara.

SENARAI PERJANJIAN UDARA YANG DIMETERAI:

Bil Negara Tarikh Perjanjian
01 Argentina 23 Ogos 1996
02 Australia 4 Oktober 1972
03 Austria 22 November 1976
04 Algeria 13 Ogos 2009
05 Bahrain 17 Oktober 1994
06 Bangladesh 11 April 1979
07 Belgium 26 Februari 1974
08 Brazil 18 Disember 1995
09 Brunei Darussalam 14 Februari 1992
10 Bulgaria 23 Februari 1984
11 Bosnia 28 Januari 2009
12 Canada 18 Januari 1996
13 Chile 14 Mei 2009
14 Croatia 28 Mac 1996
15 Chechoslavakia 10 Januari 1973
16 Denmark 19 Oktober 1967; Perjanjian baru pada 25 November 1997
17 Egypt 14 April 1997
18 Fiji 26 November 1990
19 Finland 5 November 1997
20 France 22 Mei 1967
21 Germany 23 Julai 1968
22 Holland 7 April 1964
23 Hong Kong 4 Mac 1991
24 Hungary 19 Februari 1993
25 Iceland 3 September 2007
26 India 9 Jun 1967
27 Indonesia 6 Mei 1968
28 Iran 14 Jun 1983
29 Iraq 7 Julai 1976
30 Ireland 17 Februari 1992
31 Italy 23 Mac 1995
32 Japan 11 Februari 1965
33 Jordan 25 Jun 1977
34 Kazakhstan 18 Julai 1996
35 Kuwait 30 Ogos 2005
36 Laos 8 Ogos 1992
37 Lebanon 13 Mei 1974; Perjanjian baru pada 11 Julai 2002
38 Luxembourg 19 Januari 1979
39 Maldives 16 September 1994
40 Macau 31 Oktober 1995
41 Madagascar 1 Oktober 1997
42 Malta 12 Oktober 1993
43 Mauritius 13 April 1988
44 Mexico 16 Julai 1992
45 Mongolia 9 September 1997
46 Morocco 13 November 2001
47 Myanmar 12 Ogos 1976
48 Namibia 18 Mei 1994
49 Nepal 12 Disember 2007
50 New Zealand 16 Jun 1998
51 Nigeria 24 Oktober 1990
52 North Korea 15 Februari 1982
53 Norway 19 Oktober 1967; Perjanjian baru pada 25 November 1997
54 Oman 19 April 1993
55 Pakistan 6 Julai 1973
56 Papua New Guinea 23 Julai 2009
57 People's Republic of China 31 Mac 1973
58 Peru 13 Oktober 1995
59 Philippines 12 Ogos 1976
60 Poland 24 Mac 1975
61 Portugal 19 Mei 1998
62 Qatar 14 Mei 2001
63 Republic of Kyrghyz 17 November 2000
64 Republic of Hellenic (Greece) 3 Mac 2008
65 Romania 26 November 1982
66 Russia 27 November 1969; Perjanjian baru pada 16 Januari 2001
67 South Africa 5 Januari 1993
68 Saudi Arabia 21 Mei 1974
69 South Korea 2 Mac 1967
70 Spain 23 Mac 1993
71 Singapore 28 Ogos 1972
72 Seychelles 20 Disember 1989
73 Slovenia 28 Oktober 1997
74 Sri Lanka 7 September 1969
75 Sweden Perjanjian baru pada 25 November 1997
76 Switzerland 6 September 1968
77 Syria 7 Januari 2009
78 Thailand 17 Oktober 1966
79 Turkey 13 Mei 1983
80 Ukraine 27 Ogos 2004
81 United Arab Emirates (UAE) 4 Mei 1993
82 United Kingdom 24 Mei 1973; Perjanjian baru pada 18 Januari 2006
83 United States Of America 21 Jun 1997
84 Uzbekistan 3 Oktober 2008
85 Venezuela Minit persetujuan pada 16 Julai 1993
86 Vietnam 15 Oktober 1978
87 Yemen 6 September 2001
88 Yugoslavia 20 Jun 1987
89 Zimbabwe 28 April 1994
90 Zambia 16 Julai 2009
91 Libya Minit persetujuan pada 5 Disember 2009
92 Turkmenistan Minit persetujuan pada 6 Januari 2010
KONVENSYEN ANTARABANGSA
Sebagai sebuah Negara yang menganggotai Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (International Civil Aviation Organization - ICAO), Malaysia telah meratifikasi beberapa Konvensyen Antarabangsa seperti berikut:

Bil Konvensyen Tahun
01 Convention for the Unification of Certain Rules Relating to International Carriage by Air 1929
02 Convention on International Civil Aviation 1944
03 Convention on the Privileges and Immunities of the Specialized Agencies 1947
04 Convention on Offences and Certain Other Acts Committed on Board Aircraft 1963
05 Convention for the Suppression of Unlawful Seizure of Aircraft (Hague Convention 1970) 1970
06 Convention for the Suppression of Unlawful Acts against the Safety of Civil Aviation (Montreal Convention 1971) 1971
07 Convention on International Interests in Mobile Equipment 2001
Skip navigation links
Sektor Udara
Sektor Maritim
Sektor Darat